..

..

UNDANG-UNDANG DIPERLEKEH POLIS DIPROVOKASI, DI MANA SUHAKAM ?

on Thursday, November 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Perbicaraan kes liwat II Anwar terus menjadi medan pemimpin pembangkang dan macai mereka menghina undang-undang negara . 

Setiap hari kes perbicaraan berlangsung , macai Anwar BERDEMO  &  membuat pelbagai cara mempersenda institusi kehakiman dan juga melakukan provokasi kepada POLIS dengan cuba merempuh pagar pengadang bagi masuk ke Istana Kehakiman . 



Malah terdapat juga    golongan profesional rela diperalat tanpa memikirkan soal maruah diri sehingga undang-undang serta sistem kehakiman negara sanggup dihina dan diperlekeh. 

Persoalannya , di manakah  SUHAKAM ?? 

Sebuah intitusi yang ditubuhkan kerajaan bagi memupuk kesedaran kepada rakyat mengenai hak asasi . 

Tetapi kini apa yang berlaku di Istana Kehakiman ialah mereka  menggunakan nama hak asasi untuk berdemo , menghina undang-undang , provokasi kepada polis bagi  mempertahankan seorang individu yang berdepan kes mahkamah .

Ini juga sebagai  usaha terakhir memastikan keputusan mahkamah kali ini memihak kepada Anwar, kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai Rakyat Hakim Negara Solidariti Kepada Anwar Ibrahim

Apakah SUHAKAM   memilih bulu’ dengan membiarkan sahaja para penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar sistem undang-undang dan menggunakan demonstrasi jalan raya untuk mempertahankan Anwar ??

SUHAKAM   perlu sedar bahawa bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan daripada sistem undang-undang di Malaysia tanpa dipengaruhi ugutan demonstrasi para penyokong Ketua Pembangkang itu serta provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan mahkamah. 






Sehinga kini , perbicaraan kes liwat Anwar dicemari dengan pelbagai provokasi penyokongnya yang cuba merempuh ke Istana Kehakiman dan terbaru  beberapa pemimpin pembangkang didapati menghina mahkamah selain mengugut menga-dakan perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka sekiranya Anwar didapati bersalah dalam kes liwat itu. - 


POLIS MEMBURU SUSPEK PENYOKONG ANWAR YANG 
MELAKUKAN PROVOKASI PADA 29.10.14  





3 Responses

  1. Anonymous says:

    gambar dua dari atas tu...menunjukkan seorang yang pakai wig hakim sedang di unjukkan duit dan hakim olok tu memegang duit...bukan kah ini menghina mahkamah, mengapa tindakan menghina mahkamah di biarkan..mereka dalam gambar tu patut dilokap dan di penjarakan..apa tujuan mereka buat lakonan tu...masih tak Nampak hasil ajaran anwar Negara makin porak peranda...tangkap dan hokum mereka...memang muka sial pelakon pelakon tu.

  2. Anonymous says:

    dalam kenyataan polis /notice polis tu ada tertulis...saksi di perlukan bla bla bla...tak cukup ke dengan gambar dan video yang ada untuk menahan dan di sabitkan kesalahan...siapa mahu jadi saksi naik turun mahkamah...zaman sekarang keterangan gambar dan video patut si terima dan hakim akan buat keputusan...

  3. Anonymous says:

    Bagi SUHAKAM ... setiap perusuh itu adalah orang yang dianiaya hak asasi mereka. Tindakan polis menangkap dan seterusnya menuduh perusuh itu adalah satu perlanggaran hak asasi yang serius. Pihak polis sepatutnya membebaskan perusuh dari sebarang pertuduhan walaupun seluruh harta awam musnah dan darurat terpaksa diisytiharkan. Perusuh adalah wira negara ... itulah pandangan SUHAKAM.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.