..

..

PROJEK RUMAH PERDA - JKP JANGAN DITANGGUH LAGI KERAJAAN DAP @dzainalabidin

on Tuesday, November 4, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Kenyataan Media
Dato' Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang 

Merujuk kepada sidang media YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada Jumaat 31 Oktober 2014. 

1. Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang mengalukan kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meluluskan Pelan Kebenaran Merancang oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd yang tidak melibatkan isu penempatan semula setinggan dan siling harga Rumah Mampu Milik yang ditetapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

2. Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang menghormati dan tidak pernah menafikan peranan YB Jagdeep Singh Deo sebagai Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang. PERDA dan JKP Sdn Bhd sudah bersetuju untuk berjumpa beliau dan membincangkan isu permohonan Pelan 9,444 unit yang tertangguh kelulusannya sejak 2012. Namun begitu beliau bukan Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Negeri Pulau Pinang (SPC) yang bertanggungjawab secara langsung menangguhkan tanpa alasan permohonan-permohonan tersebut. 

3. YAB Ketua Menteri perlu memahami bahawa peranan PERDA dan JKP Sdn Bhd adalah untuk mempertingkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi dan pemilikan hartanah. Peranannya berbeza dengan PR1MA, SPNB dan PPRT. Keuntungan tidak melebihi 10% setiap projek yang diperolehi oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd adalah untuk memastikan kedua-dua agensi tersebut berdaya maju dan berdaya saing sebagai pemaju perumahan untuk tempoh jangka panjang. Kedua-dua agensi juga memberi fokus kepada penstrukturan komuniti. Walaupun pendekatan perumahan bercampur diambil dalam projek-projek yang dilaksanakan, komponen Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Mampu Milik tetap diberikan keutamaan, malah unit-unit perumahan yang ditawarkan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd adalah lebih murah dari harga pasaran semasa.

4. Pihak saya, PERDA dan JKP Sdn Bhd bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan YB Exco Perumahan untuk membincangkan isu2 yang di bangkitkan oleh beliau dan YAB Ketua Menteri melalui media dan menjelaskan rasional setiap komponen perumahan yang dirancang dan harga unit-unit perumahan yang ditawarkan. Sementara itu adalah di harapkan pihak Kerajaan Negeri boleh memberi kelulusan segera bagi permohonan-permohonan yang tidak melibatkan isu penempatan semula setinggan dan siling harga. Ini akan dapat membantu agensi2 persekutuan untuk memulakan proses pembinaan unit2 perumahan ini yang telah terlalu lama tertangguh yang melibatkan kerugian berterusan di sebabkan peningkatan kos projek.

5. Adalah di harapkan YAB Ketua Menteri berniat baik dan ikhlas apabila menyatakan Kerajaan Negeri bersedia untuk meluluskan permohonan PERDA dan JKP Sdn Bhd untuk membina rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah berjumlah 2447 unit yang tertangguh kelulusannya.

6. Kelewatan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan permohonan umtuk projek-projek oleh PERDA dan JKP Sdn menyebabkan pembeli-pembeli yang sudah mendaftar niat membeli unit-unit kos rendah dan kos sederhana rendah terus tertunggu tunggu dalam jangkamasa yg lama.manakala bakal2 pembeli perumahan kos sederhana dan mampumilik yang ditawarkan pula membatalkan hasrat dan beralih kepada pemaju-pemaju swasta oleh kerana ketidaktentuan proses kelulusan oleh kerajaan negeri yang berlaku. 

7. Saya berkeyakinan kemelut ini akan dapat diselesaikan jika Kerajaan Negeri telus, ikhlas dan bersedia untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada agensi-agensi Persekutuan dalam menyediakan perumahan untuk rakyat yang memerlukan rumah. 

Saya juga berharap YAB Ketua Menteri akan memegang kata-kata beliau untuk berjumpa saya sekiranya kemelut ini tidak dapat diselesaikan melalui perjumpaan dengan YB Exco Perumahan. Soal perumahan untuk rakyat yang memerlukan tidak seharusnya dijadikan bahan untuk berpolitik yang akan merugikan rakyat Pulau PInang sendiri.

Terima kasih.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.