..

..

PAS-DAP TERUS BERGADUH , GILIRAN GUAN ENG DITUDUH KAKI PONTENG MESYUARAT

on Friday, November 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Nampaknya makin lama makin kusut kisah dalam kelambu Pakatan Rakyat ini... terbaru mengenai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyerang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS dalam Konvensyen DAP Ahad lalu.

Lim Guan Eng menyifatkan dalam Pakatan, ada parti yang ‘cakap tak serupa bikin’.      

Menurut beliau, parti itu bukan sahaja tidak menunaikan janji, malahan juga tidak menunjukkan komitmen kepada pakatan.

“Itulah sebabnya di peringkat nasional, sungguhpun kita ada mesyuarat PR, tetapi saya rasa ia kurang berkesan selagi perkara ini (komitmen kepada pakatan) tidak diputuskan. Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai, akan dilaksanakan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap ia ditolak oleh presiden (parti).
"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak berurusan dengan parti macam ini, kata Setiausaha Agung DAP itu.

Berikutan itu pada Rabu, PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Guan Eng yang menyerang Presiden PAS secara terbuka.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan Guan Eng yang membangkitkan soal ketidakhadiran Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesar.

"Perlu diingat, kerjasama dalam konteks tahaluf siyasi adalah antara parti dengan parti, bukan individu dengan individu.

"Jika secara perbandingan, sejak 2008 Guan Eng lebih banyak tak hadir ke mesyuarat PR berbanding Tuan Guru Abdul Hadi. Tetapi itu bukan isu besar," kata beliau dipetik dari Harakahdaily.

Mustafa menjelaskan, setakat ini tidak pernah berlaku sesuatu keputusan tidak dapat dibuat sekalipun kedua-dua mereka tidak hadir ke mesyuarat.

Hakikatnya, setiap wakil parti ujar Mustafa, sentiasa datang ke mesyuarat dan keputusan boleh dibuat tanpa sebarang masalah.

"Antara yang selalu hadir ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar yang mempengerusikan mesyuarat, Lim Kit Siang sebagai wakil DAP dan saya sebagai wakil PAS. Tidak ada masalah," jelasnya.

Menurut Mustafa lagi, pemimpin mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat termasuk Guan Eng sepatutnya berpegang kepada etika bahawa tidak boleh campur tangan dalam isu dalaman parti lain.

"Semua parti ada masalah dalaman. Tapi biar masing-masing parti selesaikan sendiri masalah mereka tanpa campur tangan luar.

"PAS sendiri tidak pernah campur tangan isu dalaman DAP. Saya minta Guan Eng hentikan tindakan membangkitkan isu remeh temeh ini," tegas beliau.

Sebelum ini Agendadaily melaporkan rasa tidak puas hati ramai pemimpin PAS berkaitan kenyataan Guan Eng itu.

Rata-rata mereka kesal dengan keceluparan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut terhadap PAS dan Abdul Hadi


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.