..

..

MACAI PR SOKONG CUKAI PINTU DINAIKKAN DAP DI P.PINANG , NEGERI BN SAHAJA DIBANTAH !! @dzainalabidin

on Tuesday, November 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila diumumkan kenaikan cukai pintu di negeri P.Pinang oleh kerajaan DAP hari ini , pelbagai komen di fb  oleh rakyat yang majoriti membantah tindakan ini .

Menariknya bila lihat kepada komen MACAI PR , mereka yang dulunya bantah sebarang cukai dinaikkan kerajaan BN     kini  menjilat ludah balik bila Guan Eng naikkan cukai pintu kepada rakyatnya di P.Pinang .

Pelbagai alasan diberikan MACAI  di FB    malah ada yang terlebih emosi taksub dengan mendakwa negeri lain pemimpin makan rasuah tindas rakyat tapi P.Pinang negeri rakyat jaga rakyat .











Sebenarnya perangai   MACAI dan  PEMIMPIN  mereka 2x5 sahaja  . 

Mereka bersikap double standard bila perkara itu dilakukan pemimpin dan kerajaan mereka tetapi bila dibuat BN akan dimaki dan dibantah kerana menyusahkan rakyat . 






" Muslimat kawasan itu membantah cadangan menaikkan kadar cukai pintu kerana bakal menyusahkan rakyat ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. "






Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran untuk kedua-dua majlis perbandaran pada tahun hadapan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan sedikit kadarnya agar tidak membebankan rakyat atau pembayar cukai.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini beberapa kali menangguhkan cadangan untuk menyemak semula senarai nilaian walaupun dibenarkan dalam peruntukan undang-undang setelah mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menaikkan kadar cukai taksiran sejak 2005 walaupun ia perlu dikaji setiap lima tahun,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, peningkatkan untuk perumahan kos rendah dan sederhana rendah adalah paling rendah iaitu 0.5 peratus manakala rumah kediaman meningkat satu peratus.

“Ini bermakna 83 peratus dari perumahan kos rendah dan sederhana rendah di bahagian pulau (Majlis Perbandaran Pulau Pinang - MPPP)) hanya meningkat kurang RM10 untuk cukai taksiran tahun hadapan.

“Bagi perumahan kediaman lain, kadar meningkat dari 8.3 (harta tanah) kepada 9.3 peratus manakala pangsapuri dinaikkan dari 7.5 kepada 8.5 peratus,” katanya.

Menurutnya, bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), rumah pangsa kos rendah adalah dari 4.5 kepada lima peratus.

“Untuk harta tanah, ia meningkat dari tujuh kepada lapan peratus manakala pangsapuri dari enam kepada tujuh peratus.

“Peningkatan perlu untuk membawa masuk pendapatan tambahan kepada kedua-dua majlis untuk menampung kos operasi yang makin tinggi seperti projek pembangunan untuk meningkatkan kemudahan asas,” katanya.

Kon Yeow berkata, sejak 2009, MPPP dan MPSP memohon membuat penilaian bagi menaikkan kadar cukai namun ditolak.

“Dengan peningkatan itu, MPPP dapat menambah pendapatan 20.46 juta pada tahun hadapan dengan kutipan RM180.9 juta berbanding R160.438 tahun ini.

"Kutipan MPSP pula meningkat kepada RM158.2 juta berbanding RM137.7 juta tahun ini iaitu peningkatan RM20.49 juta," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.