Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkembangan berkenaan sangat membimbangkan dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang membabitkan kepentingan rakyat.



“Masalah kekurangan stok ta­nah akan membuka ruang untuk kerajaan negeri melakukan tebus guna tanah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jahara turut mempersoalkan peningkatan 213 peratus bagi perbe­lanjaan mengurus untuk 2015 berban­ding 2014 selepas Guan Eng membentangkan bajet negeri, Jumaat lalu.




Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan kerana anggaran perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri tidak berubah iaitu RM184,980 termasuk bayaran gaji dan upah.

“Difahamkan, ketika ini terdapat kira-kira 60 orang kakitangan di pejabat Ketua Menteri berbanding hanya 15 orang ketika pentadbiran sebelumnya,” katanya.






Komen GPB

Jika begini hasil  kerja pegawai  pejabat Ketua Menteri seramai 60 orang , jelas membuktikan pentadbiran  Guan Eng selaku Ketua Menteri  gagal & tidak cekap  !!

Bajet  kerajaan negeri dibentang bukan perkara main-main letak nombor  seperti main nombor ekor , ia perlu dibuat dengan teliti .  Kalau setakat copy & paste bajet lepas memang amat MEMALUKAN !

Harap  Jabatan Audit Negara dapat kenalpasti kelemahan ini kerana mereka telah memberi maklumat salah kepada DUN ketika bentang bajet kerajaan .