..

..

JAWAPAN YUSOF HASLAM TUDUHAN WARDINA FILEM PUNCA BULI !!

on Friday, November 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments




KES buli melibatkan pelajar kembali menghantui pemikiran masyarakat selepas penyebaran klip video yang dipercayai berlaku di kalangan pelajar sekolah berasrama.

Dalam hal ini, rata-rata ibu bapa melahirkan kerisauan apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Malah, selebriti terkenal, Wardina Safiyyah, juga turut meluahkan rasa sekaligus meletakkan kesalahan ini di bahu segelintir penggiat seni yang lebih berminat dalam menghasilkan filem bercorak keganasan dan gangster.

Kenyataan Wardina yang lantang menerusi tulisannya di laman Facebook, sedikit sebanyak mengguris perasaan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Pemilik syarikat penerbitan, Skop Production ini, turut menasihati personaliti itu agar tidak terlalu menyalahkan pihak lain termasuk penggiat seni dalam industri tempatan.

"Gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan terlalu lantang menyalahkan orang lain dalam apa jua isu yang timbul.

"Setiap kali menghasilkan filem, kami tidak berniat untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan kerana di sebalik kisah yang dipaparkan, ada mesej yang ingin disampaikan. Malah, selain filem gangster, saya juga menghasilkan filem bercorak kepolisan.

"Kenapa apabila ada isu sebegini, kami yang dipersalahkan dan filem tempatan 'ditunjal' tanpa perkiraan? Sekiranya anda bukan berada di tempat kami, fikir dahulu sebelum berkata apa-apa perkara yang boleh membawa kepada keburukan," tegas pengarah prolifik ini.

Tambah penerbit filem, KL Gangster ini, seharusnya kesalahan ini tidak diletakkan di bahu industri memandangkan jumlah penonton di pawagam hanyalah sekitar dua peratus sahaja.

"Sejujurnya, kes buli bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita kerana zaman persekolahan saya lagi, perkara ini sudah ada. Malah saya lihat dengan mata saya sendiri apabila ada pelajar di sekolah dibuli dengan teruk.

"Pada hari ini, sejajar dengan teknologi yang semakin canggih, filem bukanlah dilihat sebagai medium utama untuk mempengaruhi minda remaja kerana jumlah tontonan di pawagam lebih rendah berbanding pelayar di Internet yang mencapai 70 peratus.

"Lihatlah video-video yang disebarkan di Facebook, Youtube dan laman perkongsian video lain, malah video pembunuhan serta pemberontakan di negara-negara bergolak juga. Itu semua boleh menyumbang kepada gejala buruk termasuk penyebaran video lucah. Adakah ini kerana filem kita?," soal ikon seni ini lagi.


*** Tak habis-habis Wardina buat hal ..selepas isu dengan Ustaz Don , kini menghentam produser filem yang membikin filem gangster sebab punca kes buli  . 

Kesian ..mungkin beliau tak pernah tinggal di asrama sekolah , jadi dia tak tahu la kes buli sudah lama dan dia bukan berlaku sekarang . haha...



13 Responses

  1. Anonymous says:

    asal ada isu, wardina akan ambil kesempatan menyalahkan mana2 pihak. dah tak ada cara lain agaknya wardina ni, penyelesaian hanyalah menyalahkan pihak lain. sempurna sungguh wardina ni, maklumlah sel2 otaknya sentiasa berhubung.

  2. Anonymous says:

    APA YANG DIKATAKAN OLEH WARDINA ITU ADA KEBENARANNYA KERANA FILEM SANGAT MEMPENGARUHI PEMIKIRAN REMAJA. FILEM GANAS DAN SONGSANG PATUT DIKURANGKAN, LEBIH BAIK DITAYANGKAN FILEM BERUNSURKAN NILAI KETIMURAN DAN KEAGAMAAN. SAYA NAMPAK BLOG INI TERLALU TAKSUB KEPADA PEMIMPIN TERTENTU HINGGA MEMBUTAKAN KEBENARAN. TOLONGLAH FIKIR DENGAN WARAS, KES BULI INI BANYAK MELIBATKAN ANAK MUDA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM.

  3. Anonymous says:

    Filem dan drama cinta2 apsal si wardina tak tegur? Bukan ke itu punca budak2 sekolah buat maksiat?
    Fikem dan drama seram apsal si wardina tak salahkan? Bukan itu punca budak2 jadi mcm hantu?

    Klu nak menegur pun tak adil..baik diam. Memalukan je!

  4. A Amin says:

    Orang tak tahu nak bersyukur akan selalu menyalahkan orang lain, tidak dinafikan ada juga pengaruh filem tetapi peranan dan didikan ibubapa dan guru amat penting sekali.

  5. Anonymous says:

    Memang sesuai dengan iklan kanak-kanak hisap nenen. Iklan pun siap menipu, kerana susu sahaja dengan spontan sel-sel kepala otak boleh menyambung, maka segala masalah pun selesai.

    Agak-agaklah jelmaan Mak Lampir oiii!..

  6. Anonymous says:

    Gila glamour, pemikiran pun ikut tak betul kerana terlalu pandai.

  7. Anonymous says:

    mcm org meroyan aje dia ni... dah tak ada benda nak buat, nak cakap...
    dia buat mcm ni supaya org akn terus mengingati dia... dulu ustaz don.. then pasal kes budak oku... kini dyh.. tak tau pulak selebriti mana lps ni... jgn kau terusik abg non pulak ya... NAHAS KAU KANG...
    dia ni kan dah x ada apa2... org mcm ni, seeloknya bagi penampar je...
    wahai wardina... kasihani laki engkau.. akibat perbuatan tingkah laku engkau, laki kau dapat malu, dosa...
    laki dia ni pun satu hal... nasihatilah bini kau tu... atau utk mudah, kau bagi je pelempang kau... wajib apa....!
    " setiap kali iklan dia anak beranak kat tv... aku OFF tv aku... geli n rasa nak termuntah... poraaahhhhhhhhhh..

  8. Anonymous says:

    Wardina ni puki dia sendiri pun yak terurus lagi mau cerita banyak.

  9. Anonymous says:

    Sel-sel otak gagal berhubung. Perlu minum anmum; jangan tau jadi model iklan saja.

  10. Anonymous says:

    Pompuan ni tahu salah orang aje....salah dia simpan dalam kain. Peerahhhh.

  11. Anonymous says:

    guru kencing berdiri..murid kencing belari...hampir 90% guru sekolah adalah penyokong bangang pembangkang dari longkang..

  12. Anonymous says:

    Sepatutnya Datuk Yusof haslam jangan layan dia ni perempuan sakit otak! macam dia saja yang betul dan tak pernah buat salah! janganlah asyik mengecam sahaja, apa tanggungjawab anda sebagai selebriti? gunakanlah sebaik2nya bukan menghentam serta menunding jari sahaja! ingatlah yang ada dulu pun sama sahaja perangai cuma anda bernasib baik diberikan hidayah lebih awal dan terus meningalkan perkara2 yg buruk. Tegurlah bagi membina bukanya menghentam orang lain mengikut suka hati anda, jangan tunjukan kedangkalan anda kepada orang diluar...

  13. Anonymous says:

    tp ada benar jgk wardina ckp..wa keje pusat internet,hari2 tgk bdk2 dok hbs masa tgk movie xde faedah..kes GADIS PAILANG..tu contoh

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.