..

..

IGP POLIS SANGGAH TUDUHAN SABAH TAK SELAMAT OLEH NAZRI

on Thursday, November 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyangkal kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa negeri Sabah tidak selamat untuk dilawati.

Tegasnya, ia dapat dibuktikan dengan kehadiran pelancong yang masih ramai di negeri berkenaan.

"Sabah kini masih selamat, tidak seperti yang dinyatakan Nazri ... kalau kita tengok masih lagi ramai pelancong yang pergi.

"Saya tidak mahu kata Sabah tidak selamat, tetapi kita telah, sedang dan akan mengambil semua langkah yang patut dalam kita memastikan Sabah terutama pantai timur Sabah selamat," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri satu forum anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Nazri pada Isnin semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di Negeri di Bawah Bayu itu masih belum selesai.

Kata Nazri, dia sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini selain enggan menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat.

Mengulas lanjut Abdul Khalid menjelaskan, Sabah kini selamat untuk pelancong tetapi juga untuk warganya di sana.

Nazri sebelum ini turut memaklumkan Malaysia Airlines telah membatalkan 10 penerbangan berjadual dari Shanghai-Kota Kinabalu, manakala syarikat penerbangan China, Southern Airlines membatalkan 22 penerbangan berjadual dari Shenzen-Kota Kinabalu.

Selain itu, penerbangan tambang murah Spring Airlines juga membatalkan 44 penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu.

Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.




*** hanya Penang sahaja selamat bagi Nazri Aziz sebabnya Guan Eng jadi CM....


One Response

  1. Anonymous says:

    dah senada betul dgn teresa kok..umno tutup mat ke?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.