..

..

HANYA DI P.PINANG .. RUMAH MAMPU TEMBERANG DIJUAL KERAJAAN DAP

on Tuesday, November 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Penduduk (JPP) Bandar Tasek Mutiara, Mohd Norhiesam Ismail berkata kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada tahun 2012 tentang bajet untuk membina rumah mampu milik di negeri ini telah terbukti hanya satu temberang politik bagi mengaburi mata rakyat.
Jelasnya, ini terbukti apabila Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo dalam ucapannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini mengakui bahawa kerajaan negeri tidak pernah membina rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah sejak 2008.
rumah mampu milik“Kenyataan ini mengiyakan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah berminat untuk membela nasib rakyat di negeri ini. Tahun 2012, Guan Eng buat kenyataan sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina oleh pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta. Perkara ini telahpun dilancarkan pada 17 Februari 2012.
“Tapi apa sudah jadi dengan kenyataan ini… Terbukti kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap tiada integriti dan seharusnya berasa malu menggunakan slogan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT). Selama ini janji mereka di dalam manifesto pilihan raya hanya satu penipuan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Kenyataan Jagdeep itu seakan disokong Guan Eng ekoran kenyataannya yang mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengalami kerugian berjumlah RM800 juta dalam membina rumah-rumah Mampu Milik.
“Kesimpulannya Kerajaan Dap ini penuh dengan penipuan, kaki temberang. Mereka ini tin kosong. Cakap melambung tinggi tetapi tiada apa yang boleh diharapkan.
“Rakyat Pulau Pinang berasa kecewa dan berasa sangat tertipu. Tidakkah mereka sedar bahawa rumah adalah keperluan asas masa kini. Atau adakah mereka ingin menjadikan negeri ini negeri elit yang hanya didiami oleh mereka yang kaya. Rakyat yang miskin pula terpaksa membawa diri.
“Bagi saya Kerajaan Negeri terlalu kejam dan tidak berhati perut. Mereka sanggup menggadaikan masa hadapan rakyat semata-mata demi kepentingan mereka sendiri,” ujarnya lagi. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.