..

..

GUAN ENG MAHU NAIK CUKAI PINTU, DI MANA SUARA BANTAHAN MP PAKATAN ? @dzainalabidin @NajibRazak @Mpkotabelud

on Sunday, November 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Dulu masa DBKL mencadangkan mahu naik cukai pintu , meroyan sakan Ahli Parlimen PKR -DAP -PAS seperti Nurul Izzah , Tian Chua hingga mengadakan demontrasi dan kempen bantahan di pasar malam .






Tetapi bila Lim Guan Eng mahu naik cukai pintu di P.Pinang , langsung tiada kedengaran bantahan oleh Adun PR di negeri ini mahupun  Ahli Parlimen PR di seluruh negara.

Apakah kerana negeri ini ditadbir Guan Eng dan jika dibantah akan menerima nasib yang sama seperti Iszuree Ibrahim iaitu ditarik habis elaun &   jawatan ?

UMNO P.Pinang hari ini yang  paling awal   membantah hasrat kerajaan DAP yang dianggap membebankan rakyat  .

GPB juga  ingin  mencadangkan agar kempen bantahan besar besaran ke  seluruh negeri digerakkan BN negeri   & NGO2   seperti mana Pakatan buat dulu bantahan kepada DBKL.

Biar puluhan ribu nota bantahan dihantar ke  KOMTAR seperti mana mereka buat dulu kepada DBKL .









GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan negeri Pulau Pinang meneruskan hasrat untuk menaikkan cukai pintu di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kenaikan itu akan membebankan rakyat secara keseluruhan kerana perlu membayar cukai yang tinggi berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kalau kita perhatikan waktu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nak naikkan cukai pintu Anggota-anggota Parlimen daripada DAP dan PKR ke depan sekali membantah kenaikan cukai pintu ini untuk DBKL.

"Saya harap di negeri Pulau Pinang juga mereka akan bersuara dengan nada yang sama untuk membantah kenaikan ini jika diputuskan oleh kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco akan datang.

"Jadi kalau mereka boleh bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan cukai pintu daripada berlaku di Kuala Lumpur, dalam nada yang sama mereka perlu berani membangkang apa sahaja kenaikan di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, di sini, Ahad.

Zainal Abidin berkata kemungkinan kenaikan cukai pintu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, dan ia dijangka diperincikan dengan lebih jelas dalam sidang mesyuarat DUN akan datang.



One Response

  1. mosbar says:

    Apa susah.... cadang pd DBKL naikkan juga cukai serentak dgn Pulau Pinang.... lagipun kat KL kan ramai penyokong tegar Parti Kenakan Rakyat.... orang BN tak terasa sangat pasal dah biasa kena kutuk Barang Naik....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.