..

..

GUAN ENG BELI KERETA RASMI MERCEDEZ BENZ KENA BALUN PERWAKILAN DAP

on Monday, November 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini hari ini dikejutkan oleh seorang perwakilan yang secara terbuka dalam perbahasannya mengkritik parti tersebut.

Perwakilan Chai Leng Park, Seberang Perai, Shamsher Singh Thind mempertikaikan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta terdahulu yang masih elok.

 Katanya, Lim yang juga Setiausaha Agung parti itu telah mengkritik kerajaan negeri Terengganu yang membeli kereta Mercedes- Benz serupa pada 2008 tetapi beliau telah melakukan perkara sama dalam pentadbirannya.

“Saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes-Benz, Apa sudah jadi?,” katanya ketika sesi perbahasan.

Keberanian Shamsher Singh mempersoal isu berkaitan kerajaan negeri di hadapan Guan Eng menyebabkan lebih 309 orang perwakilan lain tergamam.

Shamsher Singh, pensyarah undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi di sini, turut mempersoalkan kelebihan kuasa Guan Eng yang kebal daripada tindakan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). “MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar kolej, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah,” katanya.

Namun, persoalan itu dijawab oleh Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, yang berkata akan memberi arahan kepada MPPP untuk memberi saman kepada pemandunya. Guan Eng turut menyalahkan media yang didakwanya sering memperbesarkan isu kecil serta melaporkan berita berat sebelah mengenai dirinya.

“Apabila saya bercakap mengenai perkara yang lebih mustahak, media langsung tidak laporkan. Tetapi isu mengenai kereta saya, ia menjadi begitu besar,” katanya. - BERNAMA -


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.