..

..

1MDB : TERESA KOK JADI BATU API , PERLU MENYALAK MENJELANG PAU2014

on Monday, November 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PETALING JAYA : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menyangkal dakwaan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang kononnya UMNO takut isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibahaskan oleh para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) minggu depan.
Beliau berkata, kedudukan 1MDB telah diperjelaskan oleh kerajaan di Parlimen dan tidak ada lagi keperluan mengapa isu tersebut perlu diperbahaskan.
“Saya cuma menentang sekeras-kerasnya tindakan Teresa Kok cuba mencampuri urusan UMNO, apa hak beliau untuk mendesak perwakilan UMNO membahaskan isu tersebut.
“Dia tak faham agaknya, saya kata mengapa dia sibuk menyalak menjelang perhimpunan agung UMNO, siapa dia ni?,” tegasnya menerusi entri terbarunya umnobahagiancheras.blogspot.com.
Syed Ali yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan turut menyifatkan Teresa Kok sebagai ‘batu api’ yang melagakan beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Teresa Kok ternyata berniat jahat, ambil kesempatan untuk lagakan saya dengan Dr Mahathir.
“Sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir boleh bercakap, UMNO tak halang kerana kita mengambil saranan dan teguran itu secara positif,” ujarnya.
Kok baru-baru ini menerusi sebuah portal mengingatkan Syed Ali bahawa isu 1MDB bukan kecil tapi merupakan skandal terbesar negara dan ia sendiri dipersoalkan Dr Mahathir.
“Adakah Syed Ali juga akan mendakwa Dr Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk mencemarkan imej Najib?” kata Kok.- FMT


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.