..

..

SUARAM IMPORT WARGA ASING BANTAH AKTA HASUTAN DIHALAU !!

on Sunday, October 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Jangan pelik dan terkejut kehadiran warga asing ini di demo bantahan akta Hasutan anjuran SUARAM . 


Ini kerana NGO ini mendapat dana asing untuk digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.klik di sini
Bila digerakkan kempen mahsuh Akta Hasutan ini ,  sudah tentunya perlukan dana dan kita boleh persoalkan dari masa sumber kewangan mereka ini ??

Hari ini mereka membuat bantahan di Pdg Kota P.Pinang negeri kerajaan DAP tetapi seperti biasa akan berdepan aktivis2 NGO Melayu serta Pemuda UMNO negeri yang sudah biasa berdepan puak2 Pakatan ini .


Sekarang baru hangpa tau penangan orang Melayu Penang ...






Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram hari ini diganggu sekumpulan lelaki yang menyokong undang-undang itu, dengan bertempik meminta mereka meninggalkan tempat itu.


"Balik! Balik!" jerit mereka dan menolak peserta himpunan yang jumlahnya lebih besar itu.


Turut kelihatan dalam kumpulan itu seorang anggota Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan".

Antara yang dihalau pula daripada Padang Kota termasuk aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH.


Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata “selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan”.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.