..

..

POLIS AKAN TURUN MALAM INI CERAMAH ANWAR DI UNIVERSITI MALAYA !

on Monday, October 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Polis akan memantau program ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) malam ini dan mengambil tindakan jika berlaku sebarang provokasi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata walaupun majlis ceramah itu adalah bidang kuasa pihak pengurusan universiti kerana diadakan dalam kawasan kampus, polis tetap membuat pemantauan.

"Ya memang kami ada memantau dengan membuat rondaan dari semasa ke semasa di universiti berkenaan.

"Walaupun ia adalah bidang kuasa UM, polis akan sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya wujud provokasi atau perhimpunan berlaku di luar pagar UM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azlee diminta mengulas mengenai program ceramah Anwar bertajuk "Anwar Ibrahim: 40 tahun, dari UM ke penjara" pada malam ini di universiti berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Penggerak Mahasiswa UM Wan Mohd Suhail Wan Senu dilaporkan telah menyerahkan memorandum kepada pihak polis bagi menuntut jaminan keselamatan warga kampus sepanjang program itu dijalankan.

Beliau berkata program itu tidak mendapat kelulusan pengurusan universiti dan menimbulkan kebimbangan segelintir warga kampus terhadap keselamatan mereka. - Bernama
 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    bdk2 u sekarang semakin bangang.. syukur aku tak termasuk dlm golongan tu..

  2. Anonymous says:

    Bagi peluang terakhir pada ale uto bang non lepas ni baru aman mesia

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.