..

..

PESERTA FORUM CADANG MUJAHID KELUAR PAS , SERTAI PARTI TIDAK BERASASKAN AGAMA

on Wednesday, October 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Jika begini sikap AJK PAS Pusat yang begitu kuat fahaman liberalnya  hingga dicadangkan keluar parti itu oleh peserta forum , maka kita dapat lihat apa akan jadi kepada PAS di masa akan datang .

Lagi ramai kelompok profesional dalam PAS yang  berfahaman liberal dan geng Anwarinas , maka  PAS dan akan terus hanyut  dari perjuangan asal mereka .

Kesannya orang Melayu akan terus menjauhi PAS jika pemimpin seperti ini terus menguasai parti itu .

Dulu mereka yakin PAS boleh bela agama Islam dan laksana hudud sekarang demi sayang teramat untuk BARUA SIYASI kepada DAP - PKR  , perjuangan itu semua sudah basi .





 Seorang peserta forum mencadangkan agar Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meninggalkan PAS dan menyertai parti yang bukan berasaskan agama.
Peserta forum membuat cadangan itu selepas mendengar ceramah Mujahid dalam forum bertajuk ‘Malaysia ke arah anti-diskriminasi” yang dianjurkan oleh Pusat KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat), semalam.
“Jika anda (Mujahid) kata agama penting untuk kehidupan, saya tidak bersetuju dengan anda.
“Terdapat ramai manusia yang yang tidak mempercayai apa-apa agama, tetapi mereka mempunyai kehidupan yang sangat baik.
“Sebenarnya agama mesti dipisahkan daripada politik. Jadi kita boleh maju. Selagi Malaysia mencampuradukkan agama dengan politik, kita akan selama-lamanya berada dalam dilema.
“Untuk YB Mujahid, tolong tinggalkan PAS, dan pergi kepada parti yang tidak berasaskan agama,” sarannya sambil disambut gelak ketawa.
Sebelum ini Mujahid dalam ceramahnya berkata beliau sudah menjangkakan ada yang bakal bertanya tentang PAS.
“Saya telah tulis dua buku mengenai perkara ini. “PAS baru” dan “Rejuvenasi PAS.” Saya tidak popular kerana menulis buku-buku itu.
“Tetapi, saya cuba yakinkan parti politik (PAS) mesti direform,”kata Mujahid. -AIDC-




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.