..

..

PECAT ISZUREE UNTUK TUTUP MULUT 25 KAMPUNG BAKAL TERGADAI DI BAWAH KERAJAAN DAP ?

on Wednesday, October 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan DAP negeri itu menyingkirkan beliau daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) seolah-olah cuba menutup mulutnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuktikan kerajaan negeri berjiwa besar dalam membela rakyat dan mengamal demokrasi.

"Apa yang dilakukan terhadap saya ini seolah-olah cuba menutup mulut saya yang jelas bukan cara terbaik dalam amalan demokrasi. Perkara yang dibangkitkan adalah demi rakyat dan bukan niat saya untuk menimbulkan provokasi kepada kerajaan negeri,'' katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.

Tindakan ke atas Iszuree itu dilakukan selepas beliau mengkritik pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 baru ini-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Fadzil Kemi berkata, kerjaan negeri sepatutnya lebih terbuka dalam menerima cadangan yang disampaikan Iszuree.

Katanya, apa yang dinyatakan itu adalah suara Pas negeri yang mahu melihat nasib rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam isu pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan terus terbela.

"Sehingga kini sebanyak 25 buah kampung telah menjadi mangsa kepada pembangunan, jadi sudah sampai masanya satu mekanisme dirangka bagi menangani masalah pengusiran penduduk kampung di negeri ini dari terus berlaku.
"Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap nasib penduduk kampung yang diusir ini? Kita kalau tiada bekalan elektrik sehari pun sudah kalut, ini pula kehilangan rumah," katanya.

Tambah beliau, pemecatan Iszuree itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana yang lebih penting adalah isi usul yang dibawa dalam menjamin kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, Pas negeri hanya merupakan suara minoriti dalam MPPP memandangkan daripada 24 ahli majlis yang dilantik hanya dua diwakili parti itu termasuk Iszuree.

Malah katanya, Pas juga tiada wakil dalam Exco kerajaan negeri


One Response

  1. Anonymous says:

    PAS yang tolol ni ada bercakap bahwa mereka akan keluar juga dari pakatan pada suatu masa nanti, tapi bukan dalam waktu terdekat. By that time tiada apa lagi yang tinggal untuk orang Melayu. Semua telah disapu bersih oleh Cina DAP. Nak buat apa keluar? teruskan sajalah memperkasakan CIna. It's now or never. Saya sarankan supaya PAS janganlah ada cita-cita meninggalkan pakatan in the future kerana ianya sudah tidak bermakna lagi. DAP will be a very strong monster by that time. Thanks to PAS.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.