..

..

PAS WP BARU SEDAR GUAN ENG MENIPU CONTOHII KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR ABD AZIZ

on Friday, October 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



PAS Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang menggantung ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim kerana membangkitkan isu pengusiran penduduk kampung Melayu di negeri tersebut.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, tindakan Guan Eng itu disifatkan bertentangan dengan sikap Khalifah Umar Abdul Aziz yang menitikberatkan kebebasan bersuara dan keadilan terhadap rakyat.

"Ia bukan sahaja jelas tidak menggambarkan kepimpinan sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz bahkan mencemarkan nama baik khalifah agung tersebut.

"Tidak sepatutnya teguran rakan Pakatan Rakyat dianggap sebagai satu tikaman daripada musuh.

"Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah yang amat menitik beratkan kebebasan mengutarakan pandangan sewaktu era pemerintahan beliau.

"Saudara Iszuree hanya menyuarakan pandangannya untuk kebaikan masa depan penduduk dan rakyat Pulau Pinang," kata Mohamad lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Guan Eng yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejurus DAP merampas tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Mohamad turut mendesak Guan Eng menarik semula keputusan penggantungan dan pembekuan peruntukan yang dikenakan terhadap Iszuree jika benar Kerajaan Negeri benar-benar merealisasikan pemerintahan yang 'cekap, akauntabiliti dan telus'.

"Usah membina semula sistem zalim pengamalan yang lama di atas keruntuhan yang lama di bawah pemerintahan yang baru," katanya. 

Iszuree dalam ucapan perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS di Batu Pahat baru-baru ini menegur Kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran pengusiran penduduk Melayu di beberapa buah kampung demi mengejar projek pembangunan.

Malah Iszuree turut kesal apabila Kerajaan Negeri tidak membela nasib penduduk tersebut dengan menyediakan perumahan alternatif walaupun tanah yang dirampas merupakan milik mereka.

Teguran Iszuree itu telah menyebabkan Kerajaan Negeri menggantung keanggotaannya sebagai Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan peruntukan.

Antara penduduk Melayu yang diusir termasuk Kampung Perda di Teluk Bahang, Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Kampung Cik Ti, Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Batu Uban dan Kampung Bijai di Bayan Lepas dan Kampung Tok Suboh di Seberang Perai. 


7 Responses

  1. Anonymous says:

    PAS tak tau Guan Eng sebenarnya tak kenal pun Khalifah Umar Abd Aziz. Dia main sebut aje PAS dah percaya. Bangang bertingkat punya parti.

  2. Anonymous says:

    DAP sanggup buat apa saja untuk menang. Yang kena tipu PAS... percaya org kafir lebih dari org Islam sendiri..dah kena tipu dah tu masih tak nak keluar PR tu... Memang PAS suka kena tipu dan jafi balaci PR. BODOH SOMBONG..

  3. Anonymous says:

    Ish-ish..baru sekarang hang sedar....bila Melayu dah kena usir ke laut baru nak banding dengan khalifah Umar Ab.Aziz. Dia tu apek mata sepet yang dok pujipuja sampai melangit tu buat apa ?

    Siap bagi pangkat setinggi Khalifah pula tu.? Tu..lah puak PAS ni bila ketua puji..anak kaki bawah pun ikut sekali tampa guna otak..asal yang keluar dari mulut ketua semua angguk..kan dah tahu siapa Apek tu...

    Sekarang dah tak guna..komfom punya, PAS juga dah bersubhat dengan DAP halau MElayu Islam di P.Pinang dan telah menyadurkan DAP dengan panggilan yang mulia tetapi perangainya paling hina.....semata-mata penipuan dalam menagih undi.........rakyat.

  4. Anonymous says:

    Cina Dap itu nak perintah cara khalifah Umar abd aziz??? Woii melayu ....... ada akai pikiaq laaa.

  5. Pentakdiran yg menyenak peruttt

  6. Anonymous says:

    Kepala hotak hang Mohamad Noor. Kerajaan BN tidak pernah zalim kepada umat Islam di Penang malah telah meluluskan DO pada tahun 2006 untuk tapak masjid di Bayan Mutiara tapi dibatalkan oleh Guan Eng Celaka Anak Haramjadah. Ini sajalah gelaran yang paling sesuai kepada cina laknat ni. Kalau kau tak tau apa erti DO (Development Order). DO hanya boleh dibatalkan oleh Kerajaan Negeri sendiri. Jadi siapa yang zalim sebenarnya? Orang2 yang zalim ialah orang2 PAS sendiri yang berlagak ulama tetapi menyokong orang2 yang zalim seperti Guan Eng.

    Sesungguhnya Allah lebih suka orang Islam yang kuat daripada orang2 Islam yang kuat beribadat. Maksudnya kalau zaman dulu orang2 Islam yang kuat ataupun mahir dalam peperangan lebih disukai Allah daripada orang yang kuat beribadat tetapi lembik dan jahil. Pada zaman sekarang kuat yang dimaksudkan ialah lebih cerdik dan pandai serta lebih berpengetahuan. Kalau setakat kuat beribadat, kuat berceramah tapi boleh ditipu oleh Guan bukankah itu bodoh namanya. Selidiklah sendiri kalau tak percaya.

  7. Anonymous says:

    Padan dengan muka PAS. Perjuangan atas sifat dengki dan khinat. Menanam bibit2 hasad kepada sejak dari peringkat TASKI. Kononya menengtang kezaliman.

    Kezaliman yang sengaja diwar-warkan kepada seluruh rakyat. Bila Allah swt menguji dengan satu kemenangan lalu PAS sudah hilang arah. Umpama berjalan dalam mimpi. Maka habis diredahnya. Maka berseleraklah apa yang telah disusun baik sebelum ini.

    Kononnya mereka membawa pendekatan Pemerintahan cara Islam. Namun hakikatnya mereka hanya menyelam dan lemas dibawa arus politik DAP yang sudah sebati dengan semangat ke Cinaan. DAP hanya bermain sendiwara namun PAS dibuai oleh perasaan pula telah memukul gendang rebana mendendangkan lagu LARA.

    Kesimpulanya dari dulu kini dan selamanya PAS tetap akan menjadi Penglipurlara Tin Milo.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.