..

..

NGO MACAI PKR MEMALUKAN PAS , DESAK KELUAR PR DI DEPAN PEJABAT

on Wednesday, October 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menggesa Pas untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia terus mewujudkan konflik dalaman sesama parti berkenaan.

Koordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, desakan itu turut menyifatkan Pas bukan sahaja 'liabiliti' kepada Pakatan Rakyat (PR), malah menjadi punca utama keretakan dalam pakatan pembangkang terutamanya membabitkan krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

"Setelah apa yang berlaku berhubung permuafakatan dalam PR, kita melihat tindakan Pas yang sentiasa membuat pusingan 'U' tanpa sebab yang kukuh jelas menampakkan bahawa Pas tidak mempunyai sifat yang konsisten antara mereka khususnya dalam membuat keputusan.

"Contohnya semasa 17 dan 25 Ogos lepas, Pas bertindak menghantar tiga nama kepada istana bagi calon Menteri Besar Selangor, sebaliknya parti komponen lain tetap bertegas untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal. Jadi, ini yang menyebabkan punca utama krisis berkenaan berlarutan sehingga lima bulan," katanya.






Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat cadangan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili Pegawai Penerangan Pas Pusat, Muhamad Shahir Abu Hassan di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.
Yang turut hadir Pegawai Eksekutif Lensa, Safwan Anang dan Pegawai Komunikasi Lensa, Syukri Razab.





Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.
    
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

"Itu kita akan bincang dalam PR, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan PR," katanya kepada pemberita di sini, semalam.


    
Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam PR.
    
Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi ini.
   
Sementara itu, Azmin berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang.
    
Katanya, laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat.
    
"Saya akan tengok laporan penuh mengenainya...saya juga akan bincang dalam mesyuarat Exco negeri esok bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.
    
Hujan lebat yang bermula sejak jam 4 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat.
    
Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu.





**** PAS PATUT MALU DENGAN PERBUATAN BUDAK MACAI PKR INI YANG GELARKAN MEREKA NGO SUDAH BOLEH MENCABAR DI PEJABAT MEREKA SENDIRI KELUAR PR ... DI MANA MARUAH PAS ? 



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.