..

..

KERAJAAN DAP SAHKAN TAK PEDULI NASIB PENDUDUK KAMPUNG MUTIARA !! @dzainalabidin

on Friday, October 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pastinya orang Melayu dari Kg Mutiara tentu kecewa kerana mengundi DAP di PRU 13 lepas kerana kampung mereka telah tergadai dan juga tidak dibela kerajaan negeri . 

Pengerusi JKKK di situ tentu sekali malu kerana parti yang disokongnya langsung tak peduli nasib mereka . 

Kalau isu ini antara penduduk dan tuan tanah , sewajarnya kerajaan DAP perlu membela dan mendesak agar mereka diberi pampasan sewajarnya atau rumah ganti 

Tetapi ia tidak berlaku dan kerajaan DAP hanya mampu cakap tak boleh buat apa-apa . PAS pulak senada menyokong walhal ada juga ahli mereka terbabit . 




PULAU PINANG 16 Okt. - Penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini yang dihalau dari perkampungan mereka boleh melupakan hasrat untuk mengharapkan pertolongan kerajaan DAP Pulau Pinang bagi membela nasib mereka.

Perkara itu memandangkan kerajaan negeri menegaskan, mereka tidak mempunyai locus standi untuk campur tangan dalam isu yang dihadapi penduduk berkenaan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, kes di kampung berkenaan juga tidak melibatkan pihak pemaju dan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menerima sebarang permohonan merancang projek pembangunan di kawasan perkampungan itu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP negeri menambah, isu yang dihadapi penduduk berkenaan walaupun berlaku di negeri ini hanya melibatkan pemilik tanah dengan penduduk tersebut.

"Dalam erti kata lain, kes ini adalah kes mahkamah antara tuan tanah dan penduduk semata-mata," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama dengan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Isnin lalu, kira-kira 200 penduduk daripada 48 buah keluarga di perkampungan itu mengadakan demonstrasi membantah tindakan pemaju yang menyerahkan notis supaya mengosongkan kediaman masing-masing bagi memberi laluan kepada projek pembangunan komersial.

Apa yang dikesalkan, mereka yang sudah menduduki perkampungan itu sejak lebih 50 tahun lalu `dihalau' tanpa diberi sebarang pampasan atau rumah ganti.

Sehubungan itu, mereka mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang campur tangan dan membela nasib mereka termasuk mewartakan kampung berkenaan sebagai kampung warisan memandangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian.



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tu la PRU13 pi pangkah PR sapa x suruh. Xpe ini satu teladan utk kita melayu penang. PRU14 ni kita pakat2 bersatu tumbangkan parti PR lebih2 lagi DAPigs. Inilah masanya tokey cina rushing nk halau org Melayu.

  2. Anonymous says:

    HADIA TAK NILAI UNTUK SI BODOH MENGUNDI DAP.
    UNDI DAP LAGI........ HANG BODOH SANGAT KENAPA ?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.