..

..

GUAN ENG MEROYAN PP DIANAKTIRIKAN TUTUP KELEMAHAN SENDIRI @dzainalabidin

on Wednesday, October 15, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Menjawab Tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang Menyatakan Bahawa Pulau Pinang Di"anak tiri"kan Kerajaan Persekutuan.

1. Adalah tidak wajar untuk Ketua Menteri Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan meluluskan satu lagi projek pembesaran lapangan terbang atau pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Pulau Pinang dalam masa terdekat memandangkan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang menelan belanja RM250juta baru sahaja selesai pembinaannya hanya kerana Kerajaan Kedah memohon pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Kulim.

2. Pada masa Pulau Pinang meraih pelaburan asing yang tinggi, Ketua Menteri mengakui kejayaan tersebut adalah hasil usaha beliau dan Kerajaan Negeri tapi apabila FDI ke Pulau Pinang menjunam/merudum Ketua Menteri menyalahkan pihak lain pula. Ini adalah tindakan kebudak-budakan seorang Ketua Menteri. Penjelasan YB Menteri MITI pada Ahad lalu membuktikan bahawan MITI atau MIDA di bawah Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyekat atau menghalang malah MIDA dan MITI terus menggalakkan pelabur asing membuat pelaburan di Pulau Pinang. Keputusan akhir untuk melabur di mana-mana negeri adalah prerogatif pelabur itu sendiri. Adalah tidak wajar bagi Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan MIDA sekiranya pelabur tidak membuat pelaburan di Pulau Pinang atau memilih untuk membuat pelaburan di negeri-negeri lain dalam Malaysia.

3. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM 3.173 billion dalam RKM10 (2011-2015) untuk pembanguan pelbagai infrastruktur di Pulau Pinang. Peruntukan untuk perkhidmatan kesihatan sahaja berjumlah RM800 juta untuk RMK10. Projek-projek perumahan Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Mampu Milik terus dirancang untuk dibina di atas tanah-tanah milik agensi-agensi Persekutuan. Sehingga kini sejumlah 33,000 unit rumah sudah dalam perancangan termasuk 9444 unit yang telah dikemukakan Permohonan Pelan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Negeri dan menanti kelulusan.

4. Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah mengemukakan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan supaya projek pembangunan semula Pangkalan TUDM Butterworth tidak diteruskan dan menanti jawapan dari pihak Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Pulau Pinang tidak perlu gusar mengenai projek ini kerana status projek masih di peringkat pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

5. Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dimaklumkan bahawa pengurusan Penang Port Sdn Bhd telah memohon untuk mengadakan pertemuan dan memberi taklimat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

6. Ketua Menteri Pulau Pinang seharusnya berusaha untuk mengadakan hubungan baik dan mengelak berkonfrontasi dengan pimpinan negeri-negeri jiran Pulau Pinang. Masalah sumber air mentah dari Kedah dan Perak boleh diselesaikan melalui perundingan di antara negeri-negeri terlibat.

7. Sejak DAP menjadi kerajaan di Pulau Pinang pada Mac 2008, Kerajaan Persekutuan tidak pernah meng"anak-tiri"kan rakyat Pulau Pinang. Walaupun ada pihak-pihak mendesak supaya kerajaan mengkaji semula peruntukan-peruntukan untuk Pulau Pinang; Kerajaan Persekutuan terus memperuntukkan berbilion-billion ringgit peruntukan untuk pembinaan Jambatan Ke2 Pulau Pinang, Geran untuk Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Projek-projek Tebatan Banjir, Menaiktaraf Jalan-Jalan Persekutuan, Menaiktaraf Hospital dan klinik-klinik kesihatan, Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah dan lain-lain kemudahan awam untuk rakyat. Kerajaan  Persekutuan telah dan akan terus berlaku adil kepada rakyat Pulau Pinang dan tidak akan sama sekali menjadikan Pulau Pinang sebagai anak tiri yang diabaikan.


Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang
15 Oktober 2014


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Anak Tiri pon apa salahnya anak juga..

    Bukan Beruk Mat Yeh ker Babi ker

  2. Anonymous says:

    Title anak tiri terlalu elok untuk DAP Pulau Pinang. Title yang layak diberi adalah anak derhaka. Sepatutnya kerajaan persekutuan berhak untuk tidak memberi satu sen pun pada mereka. Kiranya BN dah terlalu baik dengan memberikan segala yang ditulis dalam artikel ini. Jika DAP tu kerajaan persekutuan, dan UMNO tu kerajaan negeri, agak-agak manusia pendendam macam guan eng dan kit siang ni nak bagi apa-apa bantuan kewangan tak?

  3. Anonymous says:

    CIBAI

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.