..

..

FELDA MENANG SAMAN TERHADAP FITNAH WAN AZIZAH

on Saturday, October 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

 



Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

"Terdapat peruntukan undang-undang bagi plaintif (Felda) di untuk mendakwa. Oleh itu, Felda boleh memulakan prosiding sivil (terhadap defendan). Ia boleh menyaman untuk melindungi reputasinya," katanya selepas menolak isu awal yang dibangkitkan dalam perkara itu pada Jumaat.

Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam Mahat yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel memfitnah Felda dalam akhbar berkenaan.

Felda mendakwa artikel bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010.

Felda mendakwa penerbitan artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan penerokaa Felda terhadap agensi itu.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    saman dan terus saman. kasi bankrap dia dan rakan2 dia nih.. mulut tak mau jaga.

  2. Anonymous says:

    Saman jangan tak saman, biar mampus dia orang. Allah sedang menghukum anak beranak pemfitnah ini. Sedarlah Wan Azizah, fitnah itu dosanya lebih dar membunuh, bertaubatlah sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

  3. Anonymous says:

    ingat nombor ini: rm200 juta. adakah nombor ini akan kekal terpaksa bayar oleh wan azizah dan kroni atau nanti nombor itu akan mengecil atau terus lenyap dengan kompromi politik? kita tunggu sahaja...

  4. Anonymous says:

    Bapak kena penjara

    Emak kena saman dan di dapati bersalah

    Anak kena cerai!!

    Hukum Tuhan ka atas orang yang merosakkan Agama Bangsa dan Negara

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.