..

..

EZAM SOKONG NGO LENSA DESAK ANWAR BERSARA DARI POLITIK

on Sunday, October 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, adalah wajar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada arena politik tanah air.

Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PKR  berkata, beliau sangat bersetuju dengan NGO Anak Muda Malaysia (Lensa)  yang mahukan Anwar bersara daripada politik, kerana perjuangan politiknya (Anwar) sudah tersasar jauh.

"Salah satu sebab saya meninggalkan PKR adalah kerana perjuangan parti itu, yang bertunjangkan kepada individu.

"Selagi itu berlaku, ianya akan merugikan PKR dan negara, kita perlukan parti pembangkang tetapi kita perlukan parti pembangkang yang dinamik yang melihat isu negara dan tidak heret soal peribadi.

"Anwar bawa isu peribadi kepada rakyat, keluarga dan parti, jadi ini tidak wajarlah," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengimbas kenangan lama, Ezam berkata, rakyat Malaysia terutama anak muda haruslah berhenti daripada bersikap terlalu obses kepada individu, kerana kelak memakan diri.

"Janganlah terlalu obses... tidak ada anak  muda yang terlalu obses seperti saya terhadap Anwar.

"Tiada  orang yang masuk penjara dalam mempertahankan Anwar... anak-anak kecil  saya terpisah dari saya dan perpisahan itu ada harganya, anak tidak rapat dengan saya sehingga kini.

"Itulah obsesi saya kepada seorang pemimpin, hari ini saya sedar itu tidak betul tetapi saya terpaksa bayar harga yang mahal, saya hilang kasih sayang anak-anak," katanya.

Gesaan Lensa agar Anwar bersara daripada politik adalah reaksi daripada perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosikan sebagai himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran AMK yang diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.


One Response

  1. Ezam antara insan yg mula-mula beri sokongan pada DSAI dan amat rapat serta kenal betul dgn DSAI. Yang tak rapat dan tak kenal ni yg melebih-lebih.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.