..

..

EXCO KERAJAAN DAP TENSION BILA BERI JAWAPAN KEGAGALAN TANGANI BANJIR

on Tuesday, October 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Kerajaan negeri mengakui gagal menyelesaikan masalah banjir yang berulang di negeri itu walaupun telah melaksanakan beberapa projek tebatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, kegagalan itu disebabkan pelbagai faktor seperti reka bentuk projek dan sistem perparitan yang dibina tidak sesuai selain faktor hujan lebat luar biasa.


"Kita juga berhadapan dengan kekangan kewangan kerana untuk melaksanakan projek ini menelan belanja tinggi seperti di daerah Barat Daya yang memerlukan RM600 juta bagi melengkapkan projek tebatan banjir dan sistem perparitan, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau mengulas kejadian banjir di Jalan Sungai Pinang dan Jalan P. Ramlee Jumaat lalu yang menjejaskan ribuan penduduk serta merosakkan ratusan kenderaan dengan disiftkn disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Ditanya mengenai projek tebatan banjir berhampiran Sungai Jelutong yang siap 1 Mei lalu tetapi gagal berfungsi, Kon Yeow berkata, projek berkenaan adalah berskala kecil dan tidak mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat selain mungkin mempunyai 'kelemahan' dalam reka bentuknya.

Pada masa sama beliau berkata, tugas untuk menangani isu banjir di negeri itu sangat mencabar dan kadang-kala beliau berasakan tidak mampu untuk menguruskannya.

"Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Ketua Menteri memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang portfolio ini. Saya berasakan ini satu tugas yang sangat berat ditambah masalah kesesakan trafik yang berpanjangan turut menjadikan tugas ini lebih mencabar," katanya.

Ditanya adakah pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek tebatan banjir, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP negeri mengakui kerajaan negeri berdepan masalah kewangan dan Kerajaan Pusat tidak berdiam diri apabila turut menghulurkan bantuan.

"Bagi projek berskala besar seperti di Sungai Pinang, Sungai Kerian dan Sungai Muda, Kerajaan Pusat telah membelanjakan lebih RM100 juta, tetapi untuk projek kecil kerajaan negeri yang melaksanakannya.

"Kerajaan negeri juga memberi peruntukan, tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi, hanya RM30 juta setahun dapat kita salurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tetapi bukan semuanya dibelanjakan untuk tebatan banjir kerana \turut merangkumi kos pentadbiran," katanya.

Ditanya mengenai masalah banjir lumpur berulang di Paya Terubong dan kaedah penyelesaian oleh kerajaan negeri, Kon Yeow berkata, soalan itu perlu dikemukakan kepada wakil rakyat kawasan berkenaan.

"Kamu tanya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan berkenaan kerana saya ada banyak kerja hendak lakukan, Masalah banjir dan trafik di seluruh negeri juga di bawah tanggungjawab saya," katanya


4 Responses

  1. Anonymous says:

    ait? mudah nye taichi pada adun paya terubong yg jugak geng DAP mereka. padahal keje adun utk highlight masalah dan bagi cadangan saja. yg kena keje dan selesaikan masalah exco. dah dia yg diberi tanggungjawab tu. takdelah hebat sgt geng2 meritokrasi DAP ni. baru masalah trafik ngan banjir dah buntu akal. nak buat mcm mana? meritokrasi pada hebatnya bercakap saja, bukan meritokrasi pada pandainye buat keje cina2 bangsat ni. tahniah la penduduk pulau pinang dapat kerajaan negeri yang sangat pandai menjawab dengan kurangajar.

    jentayu

  2. Anonymous says:

    Inilah padahnya bercakap tak guna kepala otak sebaliknya guna "kepala ko....."dan guna kepala "lutut". Tak guna mulut di bahgian kepala sebaliknya guna "mulut dibawah pusat permepuan". LGE jgn sombong ma! Kasi selesai masalah banjir negeri sendiri baru boleh campur hal negeri lain. Jgn salahkan BN je. Sudah berkuasa satu penggal 1/2 masih "tak dapat selesai" masalah rakyat..Sebabnya? sedang mengenyangkan "TOKEY 2 YANG MENYOKONG DAP" dengan projek2 di PP.

  3. Anonymous says:

    LGE orang Melaka jadi CM Penang. Chow Kon Yeow orang Penang jadi Exco. LGE genius Chow Kon Yeow " The Black Goat"

  4. Anonymous says:

    Macam itu punya belit pun DAP masih tetap dihati sanubari orang orang pulau pinang....Jadi dah tak ada perkataan yang sesuai untuk mereka melainkan PADAN MUKA dan TANGGUNGLAH SENDIRI...Kerajaan yang ANDA sendiri pilih....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.