..

..

BILA NAJIB SINDIR KAUM CINA SOKONG PEMBANGKANG TAPI TUNTUTAN KEPADA BN

on Monday, October 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Sindiran Najib di Perhimpunan Agong MCA kelmarin ada makna  & seolah-olah satu  isyarat  ...

Bukan saja kepada MCA tetap juga kepada kaum CINA di negara  ...

Mereka  menuntut macam-macam untuk kepentingan  kaum mereka seperti pinjaman kepada PKS di perhimpunan ini tetapi sokongan bila PRU kepada pembangkang terutama DAP & PKR di bandar.

GPB puji ketegasan PM dalam tangani   tuntutan kaum Cina ini kerana hasrat mereka menumbangkan BN di PRU13 berkubur tetapi bila mahu tuntutan ,  baru datang merayu kepada kerajaan .





Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara tidak langsung menyentuh sepintas lalu gejala ini dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur Ahad.
Beliau menegaskan BN memerlukan sokongan lebih dari kaum Cina dan mereka tidak seharusnya menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan pula.

"Saya menyokong pelan transformasi MCA. Walaupun cuma ada dua pemimpin MCA dalam kabinet - yang itu bukan salah saya - mereka memainkan peranan dalam komuniti Cina.

"Oleh sebab itu apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai (Presiden MCA) dan Datuk Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) minta, saya bagi. Saya cuba berlaku adil. Tetapi mungkin satu hari nanti saya boleh beri lebih. Tetapi saya perlukan orang Cina berikan lebih juga.

"Anda kenalah sokong BN. Anda tidak boleh menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan Pembangkang," katanya.

Najib dalam ucapannya juga berpesan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya menghentikan sebarang persengketaan yang kebelakangan ini menyelubungi parti itu.

"MCA janganlah bergaduh sesama sendiri. Cukuplah. Kalau asyik gaduh orang fed-up macam Pakatan di Selangor. Cukuplah. Saya pun susah. Nak pilih calon pun susah. Mereka kata orang ini ini adalah calom terbaik sebab dia menyokong saya.

"Sebagai pengerusi BN saya tal kenal setiap pemimpin. Calon DUN pun saya tak kenal setiap orang. Kemukakanlah calon terbaik.

"Kalau ada Team A, B dan C saya jadi keliru. Saya susah dan timbalan pengerusi BN pun susah.

"Masa depan MCA bergantung kepada perpaduan. Betul tak? Kalau kita dok bergaduh sesama kita orang akan fed-up macam Pakatan bergaduh di Selangor. Orang dah bosan.

"Jadi kita bersatulah. MCA kena bersatu dan kita bersama-sama jadi kuat. MCA kena ada halatuju. Ini penting sebab selama ini apabila bergaduh, parti hilang arah," katanya.

Najib berkata daripada maklum balas diterimanya dari kaum Cina bahawa MCA telah hilang arah.

Walau bagaimanapun Najib berkata beliau yakin di bawah kepimpinan baharu, MCA telah menemui arah itu dan sehubungan itu beliau akan menyokong pimpinan MCA yang sedia ada.

Mengenai isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Perdana Menteri berkata MCA tidak perlu risau sebab ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Najib cuma berpesan supaya SJKC belajar Bahasa Kebangsaan dengan baik.

"Jangan guna Lu Gua lagi. Ikut macam Presiden MCA yang bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan," katanya.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM50juta untuk Koperasi Jayadiri MCA (KOJADI). Katanya KOJADI akan menjadi ejen bagi pihak kerajaan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

KOJADI adalah koperasi Cina yang pertama dipilih oleh Kerajaan untuk melaksanakan program Transformasi Kerajaan termasuk TUKAR dan ATOM.

KOJADI mempunyai track record cemerlang dan di antara hampir 11,000 koperasi di seluruh negara, KOJADI tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik. 


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Mangkuk Hayun nyer Kangkung...da tau diorang tak sokong dari dulu lagi, pastu bagi plak FREE TANGLUNG...Dasar bengap...

  2. Walau apa pun kasih sayang Ah Jib Gor pada cina tetap tak luntur, Sempat juga Pau 50 ML pada KOJADI.Entah apa kejadah KOJADI ni pada melayu kita pun tak faham

  3. ah jib gor pnya jilat smpi SJKC ada dlm perlembagaan??xpayah nak sound2 dah cina ni!!mcm2 dah bagi dr dulu lg dan akhirnya 90%cina undi PR..xpela jilat la selagi boleh

  4. Anonymous says:

    Dia dah berjanji kat MCA bahawa sekolah cina akan kekal walaupun isu ini belum dibahaskan dalam PAU nanti. Jadi Najib nak bagitau kat MP2 UMNO bahawa mereka hanya perlu ikut arahan dia atau Rosmah aje. Tak perlu nak cadang itu ini.Najib adalah penderhaka kepada bangsa melayu dan agama islam.Hanya bahlul yang percaya cakap Najib.

  5. Anonymous says:

    DAP dan MCA sama aje putar alam punya bangsa, yang Najib dah tahu apa lagi nak beri pada mereka lagi, keikhlasan memang susah daripada bangsa ini, Najib kena ingat UMNO dan BN menang kerana sokongan Melayu bukan Cina atau India, Melayu resah BN dan Pakatan hanya beri kelebihan kepada mereka, banyak sudah mereka capai hanya memerintah sahaja yang tinggal untuk dikecapi.

  6. Anonymous says:

    Kuasa-kuasa besar dalam masyarakat cina sudah terpedaya apabila mereka mengangkat DSAI atas dasar kepimpinan populis DSAI yang telah berjaya menyuntik pengaruh demokrasi ala Indonesia terhadap politik tanahair.
    Ideologi plurisme dan liberisasi agama , adat dan budaya adalah tarikan kuat bangsa cina percaya dapat menolak penguasaan ketuanan melayu dan agama Islam sebagai agama utama.
    Trend masyarakat cina Malaysia melihat Singapura sebagai idola sebuah negara. Manakala UMNO yang diramal tumbang pada PRU 13 sebenarnya telah menunjuk pengukuhan sokongan oleh orang melayu yang masih sayangkan parti UMNO.
    PKR dan PAS terpalit kekecewaan atas kemenangan melayu UMNO kerana ramalan sokongan pra PRU ternyata bukan suatu fakta melainkan kebenaran Gerakan dan MCA memang benar tumbang.
    Kesimpulannya masyarakat cina sedar sokongan mereka keatas DSAI bukan lagi suatu hasrat ampuh yang dapat merealisasikan impian. Dan mereka tahu orang melayu bakal menghukum sikap chauvanist bangsa cina apabila orang dalam UMNO sudah mula buat perkiraan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.