..

..

BIAR GAMBAR INI BERBICARA MENGAPA SELANGOR PERLU MANDI ARAK OCTOBERFEST !!

on Saturday, October 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Bila Khalid Samad PAS  berkata Pesta Arak OktoberFest tidak boleh dihalang , memang ramai akan menghentam terutama daripada Pro Ulama PAS serta  NGO Islam & UMNO Selangor . 

Tetapi bila Exco PKR Elizabeth Wong  dilantik MB  Azmin Ali begitu seronok mempamerkan gambar dia dan beberapa pemimpin PKR & DAP meminum arak Carlsberg  , ia sebenarnya tanda dan isyarat menghina  kepada PAS jangan cuba campur tangan bila  pemimpin PKR & DAP nak pamerkan tabiat mereka  meminum arak !!

Malah kalau kita lihat gambar ini nampak seolah-olah mereka ini sudah menjadi DUTA atau MODEL arak pulak ..hahaha..












Dewan Ulama PAS bantah pesta arak Oktoberfest
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Dewan Ulama Pas Pusat membantah sekeras-kerasnya festival arak, Oktoberfest anjuran Carlsberg yang dirancang diadakan di tempat letak kereta, pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada 10 hingga 12 Oktober ini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendesak semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang telah mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.
Katanya, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datin Alinah Ahmad mengesahkan pihaknya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan festival itu diadakan termasuk promosi melalui papan iklan turut dilarang.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada MBPJ dan pihak PBT yang lain ekoran bertindak berani dan bijak tidak meluluskan pesta arak itu.
"Menurut Alinah, pihaknya bertindak menurunkan iklan di jalan raya selepas mendapati pihak penganjur pesta tersebut dengan tanpa kebenaran telah menaikkan iklan berkenaan," katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan pesta arak kepada Alinah di pejabatnya di sini hari ini.
Yang turut hadir bersama-sama menyerahkan memorandum adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad.
Nasrudin berkata, tindakan penganjur untuk mengadakan pesta tersebut secara terbuka telah mencabar sensitiviti umat Islam terutama sewaktu rakyat Islam di negara ini meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.
Beliau seterusnya mempersoalkan motif penganjur mengadakan pesta itu secara terbuka berbeza dengan sebelum ini yang menganjurkan pesta seumpama itu di tempat tertutup.
Dalam hubungan itu, katanya, Dewan Ulama Pas mendesak pihak pengurusan One Utama dan penganjur memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran telah mempromosikan festival arak itu secara besar-besaran tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Selain itu, jelasnya, Pas juga mahu semua aktiviti promosi festival dihentikan serta merta kerana tindakan itu memberi implikasi buruk yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat Malaysia.
"Kita menghormati agama lain, begitu juga agama lain perlu menghormati Islam apatah lagi Islam itu agama Persekutuan negara ini. Oleh itu mengapa tidak pesta ini dilakukan secara tertutup supaya tidak mengganggu sensitiviti umat Islam," katanya.
Sementara itu, Mohd. Khairudin menjawab kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan berkata, pesta yang diadakan secara terbuka pasti tiada jaminan bahawa tidak akan ada orang Islam yang lalai dalam Islam turut serta.
Tony Pua menerusi kenyataan terbarunya dalam sebuah portal propembangkang cuba mengingatkan rakyat Malaysia kononnya meminum arak bukan satu perkara yang memeranjatkan malah aktiviti itu tidak akan disertai oleh orang Islam.
Pesta arak Oktoberfest itu telah bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini.










5 Responses

  1. Anonymous says:

    Arak pemula segala maksiat. Lepas ni akan ada pesta seks, pesta gay,pesta penagih dadah dll, dengan alasan yang sama. Tanggungjawab penganjur agar tiada umat islam yang terlibat... WTH... Ikut langkah brunei haramkan terus arak du Malaysia. DAP dan PKR semakin kurang ajar dan menperkosa maruah negara dan agama islam.

  2. Anonymous says:

    Sesuatu yg tak pernah terlintas untuk terjadi akhirnya terjadi jua. Mungkin selepas ini di P.Pinang & Kelantan pula. Siapa lagi berani menghalang apabila musuh yg nyata dijadikan sekutu. Sebahagian tidak mencegah, sebahagian lagi hanya mencegah dlm hati. Lemah & penakut itulah hasil perpecahan.

  3. selagi ada kilang arak di malaysia...selagi arak dibenarkan masuk ke Malaysia...selama itulah akan berlaku pesta demi pesta di masa mendatang.....peduli apa dengan undang-undang dan larangan...katanya itu hak kami yang bukan Islam....kami tak kacau dan ganggu hak orang Islam....kami tak ancam keselamatan Negara....kami meyumbang pendapatan Negara...sempena tahun melawat Malaysia....

  4. Anonymous says:

    Suka tak suka, rakyat Melayu Islam Selangor kena terima hakikat bahawa kerajaan Selangor sekarang sedang diperintah oleh golongan kafir harbi dan munafik. Itulah pilihan mereka semasa memangkah PR untuk memerintah pada PRU lepas. Undi PAS = undi DAP. Sekarang terimalah padahnya.

  5. Anonymous says:

    Lu mau minum sampai tekangkang, wa peduli apa! tapi lu pi la minum dalam lu punya tokong ka, dewan ka, sapa tadak heran punya..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.