..

..

AKHIRNYA SIAPA LULUSKAN PESTA ARAK WALAUPUN DIBANTAH PAS MUNCUL JUGA !!

on Friday, October 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments




Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

"Penganjuran itu tertakluk kepada peraturan serta garis panduan sedia ada yang antaranya menetapkan penganjur perlu mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu.


"Selepas itu penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jika semuanya telah dipatuhi, kerajaan negeri tidak ada masalah," katanya semalam. 



 Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan acara kemuncaknya akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama. Mohamed Azmin bagaimanapun mengesahkan buat masa ini penganjur belum mendapat kelulusan daripada beberapa agensi. 

 Ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat, perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti berkenaan. 

"Ini (keputusan tidak menghalang Oktoberfest) adalah pendirian kerajaan negeri yang juga diwakili oleh semua parti," ujarnya. - KLIK DISINI 


11 Responses

  1. mae says:

    Dulu berdegar2 nak tutup kilang arak. Yg terjadi sebaliknya. Munafik.

  2. Kita berharap jgn ada kejadian seperti Peristiwa Bali Indonesia pada hari pesta tersebut

  3. Anonymous says:

    Minta izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah orang Melayu !!!

  4. Anonymous says:

    Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan tahaluf siyasi adalah isu agama dan ia tidak sewajarnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.

    Inilah tahaluf siyasi yang dipelopori oleh PAS untuk menentang kezaliman. Tak pernah terjadi waktu BN dulu, Bodoh dan baghal mana yang menjadi ikutan puak PAS ni.

  5. Anonymous says:

    TAHNIAH! PAS rakan sebantal kamu kata tiada masalah ... tak kan kamu pun nak tumpang seKali...

  6. Anonymous says:

    Boddo....parti pas yg memerintah pon boddo.

  7. Anonymous says:

    Mana perginya Para Murshit PAS. Gelaran yang didewa2kan oleh seluruh jemaah PAS hingga berani mengkafirkan orang lain yang tak sehaluan dengan mereka.

    Adakah telinga mereka dah kena jentik dengan Khalifah Ali Guan Eng hingga terkencing dalam seluar.

    Mana perginya Unit Anal PAS yang pakai T Shirt Merah berlagak hulubalang, takut upah tak masyuk poket.

    Mana perginya muslimut-muslimut PAS yang terkinja2 hingga berlambung2 mangkok sebab meraikan mahkamah membebaskan batang bengkok abang Anwar.

    PAS tidak lebih dari sebuah parti politik sama seperti DAP & PKR.

  8. Anonymous says:

    kejap lulus, kejap tak lulus.. jadi tak pesta setan ni?

  9. Anonymous says:

    PAS bersekongkol dgn parti yg terang2 menentang islam. Dulu Menentang hudud sekarang air arak menjadi pesta dlm kerajaan PR . PAS masih setia dgn PR inikah parti yg memperjuangkan islam.

  10. Anonymous says:

    Sah bahalul siyasi. pas tak boleh buat apa apa. Dii penang adun takdak kuasa. Di selngir pas bersama dap dan pkr benarkan pesta arak. TAKBIR

  11. A Amin says:

    dulu sebelum memerintah sibuk nak bom kilang arak, tapi bila Allah dah makbulkan hingga dapat kuasa memerintah tidak juga ditutup kilang arak. itulah jangan pandai cakap jer.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.