..

..

200 penduduk Kampung Mutiara bakal dihalau,di mana kerajaan DAP ? @dzainalabidin

on Tuesday, October 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Selepas ini semakin pupuslah kampung Melayu di sebelah pulau di P.Pinang dan yang terbaru  ialah Kg Mutiara di Batu Feringgi .

Mungkin sebab  inilah menyebabkan Bendahari Pas Negeri Iszuree Ibrahim menghentam dasar kerajaan DAP di muktamar  dilihat pro pemaju berbanding rakyat .

Di manakah   dikatakan  kerajaan DAP sentiasa mengenakan peraturan ketat kepada pemaju untuk melaksanakan pembangunan di tanah setinggan seperti didakwa YB  Dr Afif ??

Apakah kerajaan DAP membantu penduduk Kg Mutiara Batu Feringgi dari segi bantuan guaman  seperti didakwa Exco Negeri  ini ??

Sebenarnya kehilangan  Kg Mutiara ini adalah menepati slogan UBAH & seterusnya  BERSEDIA  PINDAH setelah negeri ini diperintah kerajaan DAP



Berbanding dasar kerajaan BN sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan ke atas tanah setinggan. Ia bagi menggalakkan pemaju berunding dengan setinggan.
“Iszuree sedia maklum tentang perubahan dasar ini. Beberapa kampung yang disebutnya jelas sekali ada hubungkait dengan Umno atau BN,” kata Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR itu lagi.
Malah, katanya lagi, kerajaan negeri telah memberikan bantuan guaman kepada penduduk setinggan yang diheret ke mahkamah ekoran pemaju dan pemilik tanah yang ingin mengusir mereka tanpa bayaran pampasan.
“Kita juga tidak akan memberikan kelulusan pembangunan jika mereka berjaya menang di mahkamah,” katanya lagi.
Katanya lagi, tindakan Iszuree yang cuba mengheret isu lain dan bermain dengan sentimen amat dikesali.
“Beliau perlu menerima bahawa beliau bukan dipilih secara langsung oleh rakyat, tetapi dilantik kerajaan negeri.
“Hakikatnya, sukar untuk sebuah kerajaan negeri melaksanakan tugas jika wujud apa yang dipanggil sebagai ‘gunting dalam lipatan’,” kata Afif. Roketkini.com






Lagi perkampungan Melayu akan hilang di P.Pinang  






PULAU PINANG 13 Okt. - Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing - masing.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga.

Hari ini sebahagian besar penduduk kampung   mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.

Menurutnya,  keadaan bertambah sukar  pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu.


" Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya.

Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.

Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ' Jangan Halau Kami', Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Katanya, kawasan itu  bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan.

" Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini," katanya.

Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.

" Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.

" Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati  dan hidup mati di sini," katanya.




Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang.

" Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing," katanya.

Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal.

" Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami," katanya.

Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa.



5 Responses

  1. Isunya tuan tanah nak ambik hak dia balik.Kalau ikut law memang tu hak tuan tanah.

  2. Anonymous says:

    Dr. Afif & Jahid Rawa tak boleh kata apa2..Maklumlah MEREKA adalah PELACOR TARAF MEWAH DAP..

  3. Anonymous says:

    Duly undi pakatan kaaa bn......ini semua kerja anwar Ibrahim. ...dia orang pulau pinang...dia kena settle. .....

  4. Anonymous says:

    Mana hang tau?

  5. Anonymous says:

    RAKYAT HAKIM NEGARA cakap..... undang-undang kata HAK TUAN TANAH adalah lebih di pedulikan daripada rakyat bangang merempat Kg Mutiara. Orang Kg Mutiara pemalas, bodoh, harapkan bantuan sahaja. berusaha lahhh... beli tanah sendiri dan buat rumah. Dah lah merempat, duduk tanah orang .... sedar lah diri wahai org Kg Mutiara yang bangang dan merempat. Tiada siapa akan peduli dengan korang pun..... Takbirr!!!!! Hidup Pakatan Rakyat!!! Rakyat Hakim Negara!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.