..

..

TERKINI ! ISTANA SELANGOR BERANG PENIPUAN ANWAR ISU HANTAR 1 NAMA MB SELANGOR

on Thursday, September 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Istana Selangor memberi amaran kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani merujuk kepada kenyataan Anwar bahawa tindakan mengemukakan hanya satu nama calon menteri besar adalah satu amalan lazim yang sejak kemerdekaan.

Dalam kenyataannya, Mohamad Munir menjelaskan bahawa pemimpin parti Pakatan Rakyat diminta mengemukakan empat nama calon MB selepas pilihan raya umum 2013.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat tetap mengesyorkan hanya satu nama – Tan Sri Khalid Ibrahim – untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

“Di samping itu, baginda juga ada menerima penamaan calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor.

“Oleh yang demikian, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor,” kata Mohamad Munir.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.