..

..

TERKINI ! DAP & PKR CALONKAN SATU NAMA PERBUATAN BIADAP , DERHAKA SULTAN

on Monday, September 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Tindakan parti DAP and Keadilan mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggambarkan kebiadapan dan keengkaran kepada institusi Raja.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima senarai nama calon Menteri Besar Selangor dari ketiga-tiga parti di dalam parti Pakatan Rakyat sepertimana titah Sultan di dalam surat bertarikh 27 Ogos.

Buat masa ini, hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikantiga nama calon MB.

Titah Sultan Selangor mengemukakan senarai lebih dari dua orang calon Menteri Besar Selangor adalah satu konvensi yang dilaksanakan oleh Sultan.

Tindakan ini membolehkan Sultan membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integiri dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.

Kenyataan Media
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Selangor. - Foto sumber
 
Kenyataan itu turut memetik ciri-ciri bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor.

Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi kerajaan Selangor.

Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.

Di dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor.

Penelitian nama-nama ADUN yang lain dari PR yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Sebelum ini,  Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz ada menasihatkan PR untuk tidak menderhaka dan akur kepada arahan Sultan Selangor mengenai permintaan lebih dua nama calon Menteri Besar Selangor.

Kemelut politik negeri Selangor ini berlanjutan sejak Januari lalu dan sehingga kini masih gagal diselesaikan.


One Response

  1. Anonymous says:

    adakah azizah itu layak menjadi MB, ini patut di debatkan,,,sudah jelas sejak azizah jadi MP permatang pauh, presiden PKR, ADUN kajang, azizah tak ada tokoh untuk memimpin...azizah lebih mengikut apa kata anwar suami dia,,,Tanya sikit...siapa suami dia...semua orang tahu melainkan yang buat tak tahu...dia seorang yang morally corrupt..patut kah orang seprti ini menjadi pemimpin...bukan kah kita tahu azizah seorang isteri yang begitu loyal kepada suami...semua bukti keburukan suami dia kata itu tidak benar...walaupun kita tahu cerita hal samsidar, budak lembut adik angkat nuar, dan lain lain...politik bukan untuk keluarga azizah..politik untuk rakyat, untuk kebaikan rakyat..cukup lah anwar and geng...kembalikan kuasa pada rakyat, suara rakyat, rakyat itu penentu, hakim adalah rakyat...lupa kah kamu kepada kata kata kamu...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.