..

..

TANTAWI BALUN TINDAKAN KERAJAAN DAP KEPADA ISZUREE IKUT STYLE PAP

on Saturday, September 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




1. Tindakan Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Saudara Iszuree Ibrahim ( PAS ) dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan membekukan semua peruntukkannya menambah lagi jerebu iklim politik tanahair. Iszuree Ibrahim adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.
2. Saya percaya tindakan itu adalah ekoran ucapan Sdr Iszuree yang menegur dan mengkritik kesan langsung dari pesatnya pembangunan di Pulau Pinang yang menyebabkan pemaju “bermaharajalela”. Bukan sahaja timbul isu pampasan setimpal, isu penempatan ummat Islam dan nama kampung mereka juga berbangkit.
3. Sdr Iszuree memohon campurtangan Kerajaan Negeri sambil mendesak supaya PAS Pusat memberi perhatian terhadap isu berbangkit berhubung kedudukan ummat Islam di bumi Pulau Mutiara itu. Penegasan ini dibuat oleh Sdr Iszuree dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung di Batu Pahat tempohari .
4. Mengamati ucapan Sdr Iszuree dalam perbahasan Muktamar Tahunan PAS tersebut, jelas menunjukkan ia adalah satu teguran dan kritikan membina supaya PAS Pusat memberi perhatian mengenai isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang yang kian terhimpit dalam arus pembangunan.
5. Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Sdr Iszuree “dipancung” gara – gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit”.
6. Kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Sdr Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.
7. Kelihatan tindakan DAP mutaakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik.
8. Jika benar telahan saya, maka ia adalah suatu yang sangat malang bagi Pakatan Rakyat yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan hak bersuara. Sdr Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat, di mana secara kebetulannya Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah Timbalan Presiden PAS. Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa – apa langkah wajar, Sdr Iszuree telah dimangsakan.
9. Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum ? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Sdr Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas. Sewaktu saya menjawat amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia seketika dulu, isu serupa telah dibangkitkan dan saya turun meninjau ke Negeri Pulau Pinang. Malah Lajnah Tanah PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Aliman juga sangat maklum betapa berbangkitnya isu kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang.
10. Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohd Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sdr Iszuree. Kebetulan pula Ybhg Tuan Hj Mohd Sabu juga adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Sementelah ucapan beliau bukan di atas kapasiti peribadi tetapi mewakili Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang. Saya difahamkan teks ucapan berkaitan isu tersebut telah disemak sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Dato Dr Mujahid. Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP. SUMBER


2 Responses

  1. Anonymous says:

    SURUHLAH NIK AZIZ BACA DOA BENCANA UNTUK DAP MACAM BUAT KPD UMNO

  2. Anonymous says:

    Lim guan eng maksum ..
    mana boleh baca doa bencana utk org kafir..
    org kafir lebih mulia dr org islam..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.