..

..

SELEPAS HADI , KINI DAP GELAR 4 EXCO PAS SELANGOR ADALAH PENGKHIANAT

on Wednesday, September 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 22 September 2014.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 telah memutuskan untuk menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor berikutan titah diraja oleh DYMM Sultan Selangor untuk melantik Timbalan Presiden PKR YB Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

CEC turut memutuskan untuk menyokong cadangan Dato' Seri Dr Wan Azizah kepada pimpinan PKR untuk mengesyorkan YB Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, selari dengan pendirian CEC yang jelas dan konsisten bahawa calon Menteri Besar Selangor mestilah daripada PKR.

Memandangkan Dato' Seri Dr Wan Azizah memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sebanyak 30 daripada 56 ADUN, keputusan beliau untuk menyokong YB Azmin Ali adalah juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa Menteri Besar Selangor (YB Azmin Ali) seharusnya memiliki sokongan majoriti DUN Selangor.

Atas sebab-sebab ini, CEC memutuskan untuk mengarahkan kesemua 15 ADUN DAP untuk menyokong YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

DAP berasa kesal dengan pengkhianatan 4 orang Ahli Exco Selangor dari PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas Menteri Besar yang telah kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.

DAP berharap penyelesaian krisis politik Selangor dan pelantikan YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan dapat menepati janji bagi membina Selangor yang lebih baik, yang mampu memberikan keadilan, kebebasan dan kemakmuran ekonomi kepada semua.



Komen GPB

Benci sungguh DAP kepada PAS ...sudah lah Tony Pua gelar nyanyuk kepada Hadi kini giliran Guan Eng pulak .

Itu pun PAS seronok lagi bertahaluf siyasi dengan DAP - PKR walaupun hanya jadi kaldai kepada BARUA DAN BROKER .


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Cec dap tu sah ke? Ce tanya ros.....

  2. Anonymous says:

    pekembar dh lembik sbb ketua lembik.
    serpihan lama pekembar pun turut nk jadi lembik juga.
    adoi..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.