..

..

RAKYAT KURANG SENANG SIKAP KURANG AJAR GUAN ENG CABAR & HINA KPN - NGO

on Tuesday, September 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini mendesak polis supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mempertahankan Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) meskipun pertubuhan tersebut tidak sah.

Jurucakap kumpulan NGO berkenaan, Othman Mohamed, 61, berkata, pendirian Guan Eng yang mempertahankan PPS menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, tindakan Guan Eng yang mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu penubuhan PPS juga merupakan satu penghinaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami mendesak polis mengambil tindakan terhadap Guan Eng ekoran pendiriannya yang mempertahankan penubuhan PPS.

"Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran, kami mendesak polis menyiasat status PPS," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, hari ini.

Hampir 30 orang yang mewakili beberapa NGO hadir membuat laporan polis antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Taiping, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Taiping dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida) Daerah Larut Matang.



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Guan Eng bodoh tapi lagak macam pandai. Ini sudah tahun 2014, Ini macam idea Kit Siang saja. Apa lu ingat rakyat Malaysia bodoh macam tahun 1969 lagi ke? Kalau dah tumpang tu, beradaplah sikit. Jangan jadi macam kucing kurap.

  2. Anonymous says:

    Kalau Kerja Polis dia boleh cabar dan kawan, bayangkan apa yang dia boleh buat pada Rakyat jelata jika berpuasa?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.