..

..

RAHMAN DAHLAN BERANG DAP BIDAS DIRINYA RASIS BANTU ISU PERUMAHAN BUMIPUTRA

on Monday, September 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan DAP yang meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk Bumiputera.

“Apakah DAP tidak rasis apabila projek perumahan kos rendah atau mampu milik di Pulau Pinang oleh agensi kerajaan pusat tidak diberi kelulusan?.
"Saya juga boleh kata DAP rasis apabila perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pinang Pinang tidak mampu dibeli oleh orang Bumiputera,” katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.
Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.
Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.
Abdul Rahman memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.
"Mengapa DAP bimbang kementerian saya menyiasat kekhuatiran pembeli rumah Bumiputera? Tidakkah mereka (pembeli Bumiputera) juga ada hak untuk dilindungi?," soalnya melalui laman Twitter beliau, semalam.
Abdul Rahman berkata pihaknya perlu menyiasat apabila menerima aduan daripada pembeli dan pihak DAP tidak perlu mempertikai tindakan beliau kerana pembeli Bumiputra juga mempunyai hak untuk dilindungi.
Beliau juga berkata, pihak DAP sudah ‘besar kepala’ apabila enggan mengiktiraf bahawa pembeli rumah Bumiputra juga mempunyai hak yang sama dengan bukan Bumiputra untuk dibela.
“Kenapa apabila saya membantu pemaju perumahan bukan Bumiputra, DAP tidak pernah kata saya rasis,
“Dan saya tidak akan menerima apa-apa nasihat daripada parti DAP yang saya anggap rasis,” jelasnya menerusi laman Twitter beliau.
Beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerianya untuk membuat siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.-29/9/2014




7 Responses

  1. Anonymous says:

    DAP dah bising2. Makna nya betul lah tu. Sekarang cuba nak cover...tudoh orang lain rasis sebab nak sembunyi diri sendiri yang rasis...

  2. Haram jadah DAP ni. Memang patut Rahman Dahlan hangin.

  3. Anonymous says:

    DAP mmg BABI..MAHU JUAL RUMAH KEPADA orang Hong LKong, CHINA & TAIWAN..

    MWELAYU, INDIA , SIAM, Cina MISKIN MALAYSIA Dihalau

    SEMALAM PENGANGGUR Cina Malaysia MATI DiPUKUL kerana tiada wang akibat DAP tak wujudkan pelunag kerja,,

    FDI MEROSOT dibawah LGE kepala kecik..

    Yg LGE tau cari gaduh dgn Melayu, Polis & BN..lain2 kerja roboh rumah & jual kepada ORANG BABI ASING

  4. Anonymous says:

    Seperti bcakap dpn cermin,ngata org pd hal diri sndri pn sama je.....

  5. Anonymous says:

    Perkara ini dah lama berlaku terutamanya dikawasan mahal dibandar besar.merika cuba menghalang pembelian dgn mengatakan unit dah dijual
    .kementerian patut melihat pekara ini ,kerana ada pihak pemaju dan orang tertentu mengaut keuntungan dari jualan tersebut.pihak bank dan pemaju berpakat menipu pembeli tulin.inilah yang berlaku sekian lama dikl dan selangor.

  6. Anonymous says:

    Lepas ni PAS akan sokong habis habisan tuan DAP kafir harbi mereka... nak tunjuk kesetiaan..

  7. Anonymous says:

    Apa nak takut Datuk. Teruskan siasatan. Selama ini pembeli Melayu memang menjadi mangsa penipuan pemaju perumahan. Sekarang DAP sedang kecut perut. Bila aduan ini didapati benar maka seluruh pembeli Melayu perlu bangkit menuntut hak mereka selama ini. Kalau tak tuntut maka memang bangang lah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.