..

..

Pudin kena sound MT Umno pasal draf Majlis Peguam untuk Akta Keharmonian Nasional !

on Tuesday, September 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan secara terbuka mengatakan tidak bersetuju dengan bekas rakannya dalam MT Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan draf cadangan Akta Keharmonian Nasional oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) yang akan dikemukakan kepada Putrajaya, tidak lama lagi.


“Saya tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Saifuddin yang mahu cadangan draf bagi Akta Keharmonian Nasional digantikan dengan versi MKPN.

“Saya percaya MKPN hanya ditugaskan untuk menyalurkan input bagi undang-undang baru yang dicadangkan itu dan bukannya merangka keseluruhan peruntukan Akta tersebut,” kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
Jelas beliau MKPN sepatutnya mengemukakan dahulu pandangan mereka untuk dipertimbangkan kerajaan, tetapi katanya Saifuddin bercakap seolah-olah draf itu telah pun dimuktamadkan, dan ia ternyata salah.
“Adalah salah bagi mereka untuk mengatakan bahawa rang undang-undang yang ditulis oleh NUCC yang dibantu oleh Majis Peguam itu adalah dokumen rang undang-undang yang akan diangkat ke parlimen.
“Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di facebooknya.
Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menderaf rang undang-undang itu untuk dibawa ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi.
Ahli Parlimen BN-Kota Belud itu juga mempersoalkan kenapa Saifuddin dan MKPN telah mendedahkan kepada umum isi kandungan cadangan tersebut sebelum ia diterima sendiri oleh kabinet.
“Sebab itu saya kata MKPN perlu menyerahkan kepada kerajaan dahulu sebelum mendedahkan isi kandungan draf undang-undang itu kepada media. Itu tidak adil,” katanya lagi.
Tegasnya, perkara itu akan hanya menimbulkan kekeliruan kepada ramai pihak.
Kata beliau lagi, versi muktamad Akta Keharmonian Nasional itu sepatutnya berdasarkan pandangan orang ramai dan bukan hanya MKPN.
Saifuddin terdahulu memaklumkan bahawa MKPN akan secara rasminya menyerahkan tiga cadangan undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 kepada kerajaan dan ia dilaporkan The Malay Mail Online.
MKPN dijangka menyerahkan cadangan tersebut selepas membincangkannya dengan Putrajaya, pada 17 September nanti.
Jawatankuasa undang-undang dan dasar MKPN mencadangkan tiga undang-undang, iaitu Rang Undang-undang (RUU) Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, RUU Keharmonian dan Perdamaian Nasional dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Perdamaian Nasional.-9/9/2014 -bnbbc.my


3 Responses

  1. mat13 says:

    dah tahu mamat ni duri dalam daging nak buat apa simpan lagi....Kalau dia nak menyalak biarkan dia menyalak dalam parti lain.

  2. NajibMustGo says:

    Salam,
    mintak maaflah kepada pengampu Najib jika melawat blog ni bila saya katakan Najib ini Sesumpah dan Munafik. Najib bertindak melalui proksi2nya termasuk barisan RUU dan Pudin Liberal ni.

    Tapi wajah sebaliknya samalam.. pandai sungguh kau berlakon Najib..di Pekan Pahang depan perwakilan UMNO juga sama.
    Saya lihat ucapannya di Putrajaya pada perhimpunan bulanan kerajaan. Ucapannya sungguh MELOYAKAN dan menipu. Dia bercakap soal 'stake holder' yang perlu diambil kira, bila berhujah berkaitan Akta Hasutan..

    Apa ini? siapa yang berjanji megah untuk hapuskan Akta Hasutan? kepada siapa dia maksudkan? dia yang hapuskan ISA dan kini nak hapuskan Akta Hasutan lepas tu dia pura2 buat tak terlibat? apa ini?

    Bersihkan UMNO dari perosak.. Najib lah parasit sebenar.dibantu oleh KJ-Saipudin-Gani Patail-Jaladeris dan barisan punasehat2 'elitus' Najib.

    Tindak tanduk Najib dah semakin tak normal sebagai pemimpin UMNO. Najib sudah merosakkan negara secara konsisten sejak dia mula take over dari Pak Lah. tapi pada yang sama dia bijak berlakon bermuka-muka 'meraikan' semua pihak.

    Najib telah menyebabkan negara hilang banyak undang2 pencegahan dan membuka ruang luas kepada musuh2 dalam dan luar negara. Lihat cara MH370 diuruskan, Najib dan HishamKeris yg syok sendiri dan masuk bakul puji diri.. sedangkan cara mereka menguruskan MH370 menyebabkan musuh boleh target lagi MAS, kerana sikap Najib tidak konstruktif autonomus dlm menyiasat, bergayut pada proksi2 Amerika utk kes ini.

    Tidak kita faham kenapa Najib menuruti kehendak2 musuh? Apakah undi yang diperolehi (jika) melalui cara mengubah sistem negara ke arah liberal ini dan merosakkan ini akan menjadikan Malaysia aman maju?

    Najib semakin pelik dan merosakkan. Amerika tiba2 melawat, TPPA sudah mulai direstui Najib.

    Apakah PM kita menuruti kehendak musuh disbbkan dia telah diugut atas kisah lampau? Apakah Najib telah di BLACK MAIL oleh pihak tertentu?

    Malaysia semakin kucar kacir oleh KETUM dan NAJIB. Mangsanya ialah MELAYU. Melayu UMNO dan Melayu PAS.

    Kalau PAS sekarang sudah dikira mulai runtuh oleh parasit dalaman, UMNO juga sama, cuma beza dari PAS, UMNO di parasitkan oleh Presiden sendiri, tapi PAS, Presidennya cuba melawan parasit.

    Jadi UMNO jauh lebih bahaya dr kedudukan PAS sekarang.

    Bukalah Mata! cukuplah dgn retorik dan taburan duit BRIMM sebagai gula-gula tapi kerosakan besar dijanjikan buat kita yang mengundi UMNO.

    Ayuh kita harap plan kontigensi yg dipakai ketikan menurunkan Pak Lah secara terhormat akan digunapakai semula untuk Najib.
    Ia sebagai mekanisme istimewa dalam UMNO, dan sebagai perlindungan dari salah guna, mana2 pemimpin UMNO yang gagal membawa perjuangan sebenar, perlu letak jawatan dan digantikan dengan yang lain.

    Semoga UMNO diperbaiki.

  3. Anonymous says:

    Najibmustgo

    Lu gua sama sama tahu banyak lagi persoalan boleh di timbulkan.

    Tun M sound dah berkali kali PMjibgor buat derr je. Kalau takde politik duit apasal Najib semakin besar kepala????

    Keliling dia dah beli dengan BriMillion???

    UMNO kalau tak gerak jatuh nya nanti makan 7 keturunan nak bangkit!

    Macam UMNO luar negara 'Hidup Segan Mati Tak Mahu'.

    Dari jauh tengok pun sakit hati...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.