..

..

PERWAKILAN PEMUDA PAS BERI PERINGATAN AHLI JANGAN TERLALU MEMUJA ANWAR

on Thursday, September 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sesetengah pemimpin dan ahli Pas diingatkan agar tidak terlalu kagum dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengetepikan pucuk kepimpinan parti sendiri dan dasar perjuangan Islamnya.

Perwakilan Pemuda Pas Kelantan, Norariza Mohd. Alawi berkata, pemimpin Pas mempunyai penga-laman lebih hebat ketika melawan musuh politik mereka berbanding Ketua Pembangkang itu.

"Bagi yang terlalu kagum dengan Anwar, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat 31 tahun lebih awal menentang Barisan Nasional (BN) berban-ding Anwar.

"(Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula 20 tahun lebih lama berban-ding Anwar. Kelantan ingin mene-gaskan bahawa kami sentiasa bersama kepimpinan ulama,'' katanya ketika membahas ucaptama Ketua Pemuda Pas pada muktamar tahunan sayap parti itu di sini hari ini.

Menurut Norariza, Abdul Hadi juga cukup mengenali perangai Anwar dan keputusan Presiden Pas itu berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi kepada kekecewaan terhadap kepimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen pakatan pembangkang.

"Tuan Guru (Abdul Hadi) kenal Anwar lebih daripada kita dan beliau sudah kecil hati dengan beberapa tindakan Anwar ini.

"Beliau kecil hati dengan Anwar kerana mengumumkan beberapa perkara tidak mendapat persetujuan konsensus pakatan pembangkang. Pengumuman Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri Sarawak dan Langkah Kajang misalnya tidak mendapat persetujuan konsensus pakatan pembangkang," katanya.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.