..

..

PERGOLAKAN DALAM PAS BERPUNCA DARIPADA KERJASAMA DENGAN ANWAR - TUN M

on Monday, September 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PUTRAJAYA - Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda Pas harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar Pas ke-60 di Johor baru-baru ini.

"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada Pas. Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kompleks Sukan Air di sini.

Acara yang diadakan selama dua hari itu yang bermula semalam menarik lebih 400 peserta daripada 24 kumpulan termasuk tiga kumpulan dari luar negara iaitu
Thailand, Singapura dan Indonesia. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.