..

..

PENGARAH KOMUNIKASI PULAK DAKWA KENYATAAN SETIAUSAHA PKR TAK SAH ISU MB SELANGOR !!

on Thursday, September 4, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Puak-puak PKR  dah giler pening  ke..tak sampai sejam buat kenyataan media tentang surat jawapan Istana ,  terus seorang lagi Pengarah Komunikasi cakap ia tak SAH !!

Pengarah Komunikasi lebih besar daripada Setiausaha Agong ke ??   

Mengapa ia ditarik balik ?? Kalau ia belum dimuktamadkan kenapa ia cepat dikeluarkan ???

Siapa yang bodoh dalam isu ini ? 



Assalamualaikum dan salam hormat,
Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan. Ianya adalah ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan.
Komunikasi KEADILAN memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang tertimbul daripada hal ini.
Sekian, terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN



KENYATAAN MEDIA
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
3 September 2014

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/terkini-sultan-selangor-tolak-wan-azizah.html#eaQYYgOCLOLud3ch.99


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.