..

..

GANTUNG ISZUREE IBRAHIM SERLAHKAN PAS HANYA KUDA TUNGANGGAN DAP DI P.PINANG @dzainalabidin

on Saturday, September 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






Ini kebebasan bersuara dalam kerajaan DAP di P.Pinang .

Kritik untuk kepentingan rakyat oleh perwakilan PAS Iszuree Ibrahim dalam isu perumahan di muktamar baru-baru ini  dianggap derhaka memalukan  Tokong DAP yang sentiasa mengamal CAT Meoww dan tidak langsung membela kroni .

Tapi seperti biasa hanya Pemuda PAS negeri  sahaja bersuara mengecam & meroyan tindakan terhadap Iszuree Ibrahim oleh kerajaan DAP .


 Di mana suara Mat Sabu selaku Pesuruhjaya Pas P.Pinang sertai yang lain-lain ??

Adakah diagihkan jawatan Ahli Lembaga Pengarah agensi di bawah kerajaan DAP seperti di MAIPP MPSP , MPPP  & Pusat Urus Zakat menyebabkan mereka tak berani bersuara kerana takut dipecat juga ??

Kesian betul kepada PAS ...sudah lah dikurang kerusi EXCO di Selangor kepada 3 orang sahaja kini Ahli Majlis di PP  pula digantung tugas .

Itu pun tak sedaq lagi dok  kena main dengan  DAP - PKR disebabkan  sayangkan tahaluf siyasi dalam Pakatan





DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG KECAM TINDAKAN GANTUNG TUGAS AHLI MAJLIS PAS DALAM MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP).

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difahamkan telah membuat keputusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 25 September 2014 untuk mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau, meskipun beliau mempunyai 'track record' cemerlang sebagai Ahli Majlis.

Tindakan ini dipercayai susulan dari ucapan bernada teguran membina & memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang oleh Sdr Iszuree Ibrahim yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) P.Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewakili PAS P.Pinang dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Johor tempoh hari.

Hukuman 'gantung tugas' yang dikenakan terhadap beliau dengan berdasarkan laporan media yang disalah petik tanpa perbincangan secara bersemuka disifatkan sebagai keputusan yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah & tergesa-gesa.

Perlu diingatkan, perlantikan jawatan beliau bukanlah atas kapasiti individu, sebaliknya ia adalah atas kapasiti parti politik mewakili PAS. Maka sewajarnya pihak MMK turut mengambil kira pandangan & keputusan dari PAS P.Pinang sebelum membuat apa-apa keputusan, jika benar semangat kerjasama Pakatan Rakyat itu dihormati. Tindakan yang diambil ini dilihat seumpama merobek kembali luka yang baru hendak sembuh.

Bagi terus memelihara hubungan kerjasama Pakatan Rakyat, DPPN P.Pinang menggesa agar tindakan ini ditarik semula seberapa segera, sebelum timbul persepsi awam bahawa pemerintahan Kerajaan PR P.Pinang dilihat sama dengan Barisan Nasional dari sudut kebebasan bersuara.

Sidang mesyuarat Pakatan Rakyat yang tertangguh sejak selesai PRU13 perlu segera diadakan. PAS Pulau Pinang bersama Sdr Iszuree perlu diberi hak untuk memberi penjelasan penuh. Keputusan perlu diputuskan secara kolektif & bersama, andai PAS masih dianggap rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sepertimana kami boleh bersabar dengan perbezaan pandangan & terbuka menerima kritikan, kecaman, cemuhan, sehingga dituduh "pengkhianat di Selangor" dari rakan kami, maka kami juga meminta supaya rakan kami juga dapat berjiwa besar berbuat begitu.

Selaras dengan tema "Memperkukuh Muafakat" yang diketengahkan Ketua Pemuda PAS Malaysia & penegasan Presiden PAS supaya "Terus Beristiqamah" dalam muktamar kami yang lalu, kami desak supaya isu ini diselesaikan segera sebagai rakan, bukan sebagai lawan!

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang
27 September 2014


3 Responses

  1. Anonymous says:

    esian PAS
    PKR dan Cina DAP makan kenyang2 duduk senang lenang
    Buat apa yg suka mcm bapa dia punya buat kajang move
    Buang najis beselekeh
    Makan hingga merata rata buang najis akhirnya
    PAS berkelahi sesama sendiri dan sumpah latnat sesama sendiri kerana berebut siapa yg nak membersih kan Najis PKR dan DAP
    Yg rugi akhirnya Melayu Islam,,, malu dan memalukan

  2. Anonymous says:

    Kenyataan media Yusni Mat Piah tidak menafikan apa yang diutarakan oleh saudara Izuree, tetapi lebih kepada rasional tindakan gantung tugas yang dikenakan. Ini bermakna apa yang didakwa oleh saudara Izuree bahawa "kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu" adalah benar.

  3. Anonymous says:

    Padan Muka PAS. Nak kerjasama dengan BN makan Selangor. "Undi PAS dapat BN". Tak jadi makan Selangor, kasi kacau Johor & PPinang pulak. Rakan seperjuang pantang di-derhaka. DENDAM KESUMAT

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.