..

..

MENTERI PERTAMA UMNO BERANI ISYTIHAR SOKONG KEKALKAN AKTA HASUTAN DI KEMENTERIAN !! @IsmailSabri60

on Monday, September 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Agak mengejutkan bila seorang Menteri dari UMNO  iaitu Datuk Seri Ismail Sabri hari ini   berani isytihar menyokong dikekalkan Akta Hasutan di dalam kementeriannya sendiri .

Selalunya ia diungkapkan di mesyuarat Bahagian UMNO  tetapi kali ini di depan kakitangan awam walaupun ada diantara mereka tidak merupakan penyokong pembangkang.

Selepas majoriti mesyuarat UMNO Bahagian menyokong dikekalkan akta Hasutan  , nampaknya viral kekalkan akta ini sudah menular ke kementerian .

Apakah Menteri-Menteri lain berani   mengikut jejak langkah Ismail Sabri atau hanya mengampu PM dalam mesyuarat kabinet ?

 Kita harap lebih ramai Menteri dari UMNO   berpendirian sedemikian bagi menunjukkan bahawa akta ini begitu penting bagi menjaga keharmonian kaum dan keselamatan negara .





Pertamanya syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama2 berkumpul di perhimpunan bulanan anjuran tekun kali ni.

Kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan, dan kita masih lagi berada dalam bulan kemerdekaan.

Suka atau tidak, kita tidak boleh pisahkan kemerdekaan dengan pejuang2 kemerdekaan, yang diketuai oleh pemimpin2 umno.

Saya tau ada di kalangan saudara mungkin berada di pihak lain. Tetapi sejarah tidak boleh dipinda. Sejarah tetap sejarah. Kita perlu berterima kasih kepada pejuang2 umno atas kemerdekaan yang kita terima.

Perjuangan selepas kemerdekaan juga adalah penting. Indonesia, vietnam, myanmar.. contohnya, mencapai kemerdekaan lebih awal dari kita, tetapi kerana kegagalan kepimpinan mereka, ekonomi/politik/pelajaran jauh lebih ketinggalan daripada Malaysia.

Ini berbeza dengan negara kita. Kepimpinan negara kita mampu membawa kemajuan ekonomi dan sebagainya kepada negara.

Contohnya, kadar miskin tegar di malaysia hanyalah 1%. sebab itulah kita perlu berjuang untuk mengisi kemerdekaan, yang selalunya lebih sukar berbanding perjuangan mencapai kemerdekaan.

Kita perlu berterima kasih kepada pemimpin2 dan pejuang2 mencapai dan mengisi kemerdekaan kini, termasuk YAB PM hari ini.

Pelbagai kebebasan telah disuarakan, ini adalah isu yang kita perlu hadapi pada masa kini. Kebebasan bersuara dll.

 Ya, kita mahukan kebebasan bersuara, tapi adakah kita mahu korbankan keamanan negara kita dengan penyebaran fitnah2 dan unsur2 negatif.

Sebab itulah, beberapa akta masih perlu dikekalkan untuk menyekat perkara2 yang boleh menggugat keamanan negara. Akta hasutan misalnya, perlu dikekalkan.

Kita lihat pada hari ini pelbagai unsur fitnah telah tersebar. Institusi raja2 contohnya, pada zaman dahulu, inggeris pun tidak masuk campur. Tapi sekarang oleh kerana kita mahukan kebebasan bersuara, institusi raja juga telah dicemari.

Saya ucapkan tahniah kepada polis dan peguam negara kerana telah melakukan tangkapan ke atas golongan2 yang menyebarkan fitnah dan melakukan perkara2 negatif yang mempengaruhi masyarakat di negara kita.

Kumpulan2 yang cuba memporak perandakan negara dengan menggunakan agama dan bangsa perlu dibendung.

Saya dengan terbuka menyatakan sokongan saya supaya akta hasutan dan yang sewaktu dengannya dikekalkan, demi masa depan keamanan negara.


6 Responses

  1. Izham says:

    Ismail Sabri lebih berani dan jelas perjuangan berbanding sesumpah Zahid Hamidi dan bossnya parasit Cina Najib laki Rosmah.
    Sepatutnya Najib laki Rosmah betulkan keadaan negara yg kucar kacir ini yang tak terkawal dengan pelbagai hasutan ini. Bukan dengan membuang ISA dan Akta HAsutan.

    Najib jelas tk relevan lagi untuk jd PM. TS Muhyiddin diharapkan dpt bersiap sedia untuk ambil alih Malaysia jika Najib semakin merosakkan negara.

    Tiada jalan lain yang lebih baik, tak boleh lagi kita berlapik2 pada si parasit Cina dalam UMNO ini, sedangkan dia konsisten mengugat undang-undang negara bersama proksinya di AG Patail.

    Syabas buat Menteri Dato Ismail Sabri walaupun lepas ini akan ada suara2 munafik dan pengampu Najib akan berbunyi.

  2. Terima kasih sdr.di atas sokong ini .. penulis secara peribadi mahu akta ini dikekalkan . Kita jangan menyokong membabi buta spt macai PR dlm isu MB Selangor ..

    tak betul kena tegur demi kebaikan ...

  3. Anonymous says:

    Sokong..kekalkan Akta Hasutan...kalau Najib masih berkeras juga kita hapuskan DIA masa PRU 14 nanti

  4. pijut82 says:

    TS Muhyiddin perlu keluar di media dgn lebih tegas dan firm baru org bawahan berani nak buat sokongan terbuka. TS Muhyiddin insyallah jika ikut ajaran bapanya yg pentingkan Islam dan nasib org melayu maka terpeliharalah bangsa kita.

  5. Anonymous says:

    si kj tak kedepan?

  6. Anonymous says:

    Banyak pemimpin UMNO mahu akta hasutan dikekalkan tapi merika malu nak cakap sebab takut periuk nasi dibubuh pasir ileh kuncu kuncu Najib ....pemuda apatah lagi kecutnya sebab kj sentiasa jeling kerapunya .......silap cakap dan bertindak alamat berakhirnya politik kerjaya .
    Jadilah berani mempertahankan hak hak orang orang melayu dan bahasa melayu disamping raja raja melayu sebagai tunggak kebesaran negara kita ......Walaupundah semakinramai raja raja yang dah tak tulin darah keturunan Melayu merika ........

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.