..

..

MEMALUKAN ! GUAN ENG KANTOI TUDUH @dzainalabidin , TAK TAHU BEZA MILLION & BILLION !!

on Saturday, September 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Bila ramai orang marah PPS iaitu pertubuhan haram kerajaan DAP di P.Pinang  yang menggunakan peruntukan duit rakyat  untuk aktiviti parti mereka , Guan Eng dilihat cuba divert isu ini .

Yang menjadi mangsa putar belit lidah biawak & penipuan   ini ialah Dato Zainal Abidin Osman melalui kenyataannya di UMNO Online yang mempersoal sikap Guan Eng terus mempertahankan PPS dan menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM 1.5 million .

Guan Eng secara terang-terang mendakwa UMNO P.Pinang menuduh kerajaan DAP menyediakan peruntukan RM1.5 billion untuk PPS.







Apabila kita merujuk balik artikel   di UMNO Online , ianya tidak memaparkan RM1.5 Billion tetapi sebaliknya RM1.5 Million disebut Datuk Zainal   !!

Apakah Guan Eng telah   mendapat maklumat salah oleh orangnya atau dia sengaja menuduh  Dato Zainal &  UMNO P.Pinang bagi mengalihkan isu PPS   ??


Tak cukup dengan mencabar KPN demi pertahan PPS , sanggup pulak menipu dan salahkan  UMNO P.Pinang .


Sokong PPS, Guan Eng Malukan Kerusi Ketua Menteri

PULAU PINANG, 4 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Lim Guan Eng jelas mencerminkan sikapnya yang angkuh dan sombong apabila bertegas membela penubuhan tidak berdaftar Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Katanya, lebih kurang ajar apabila Guan Eng berani untuk mencabar Ketua Polis Negara berkaitan isu ini.guan eng pps
“Amat memalukan bila seorang ketua menteri berkelakuan seperti ini. Cakap seperti seorang samseng dan degil. Ini amat memalukan kerusi ketua menteri itu sendiri.”
Tegasnya, lebih memalukan apabila mereka yang ditahan ini dianggap sebagai wira negeri Pulau Pinang.
“Layakkah mereka bergelar wira apabila ada antara mereka yang ditahan positif dadah, ahli kongsi gelap dan penjenayah?
“Inikah taraf untuk menjadi wira Pulau Pinang? Rakyat negeri ini amat kecewa dengan sikap Guan Eng. Apatah lagi mereka ini diberi elaun RM200 sehari sepanjang berada dalam tahanan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zainal, apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku.
Menurut Zainal lagi, kos keseluruhan yang telah dilaburkan oleh kerajaan negeri untuk PPS hampir mencecah RM1.5 million.
“Adakah penubuhan PPS ini bermotifkan politik atau Guan Eng mahu mewujudkan tenteranya sendiri sehingga sanggup berhabis begitu banyak kepada sukarelawan yang tidak sah.
“Lebih baik Guan Eng hulurkan sumbangan kepada Rela yang sudah pastinya memainkan peranan yang baik di dalam menjaga keselamatan negara tanpa mempunyai agenda politik. Anggota rela pun bukan semuanya menyokong kerajaan tetapi mereka tidak berpolitik di dalam Rela. Semuanya atas satu matlamat iaitu mahu menjaga keamanan negara.
“Ini berbeza dengan PPS yang sentiasa mengibarkan bendera Dap. Maka jelaslah menggambarkan ianya mempunyai agenda politik. UMNO Pulau Pinang bimbang sekiranya PPS terus beroperasi maka ianya akan mula mengambil tugas polis. Maka lebih elok PPS dibubarkan lagipun bidang kuasa menjaga keselamatan negeri terletak di bawah kerajaan Persekutuan dan bukannya bidang kuasa kerajaan negeri,” terangnya lagi.
Dalam hal ini, Zainal turut membidas kenyataan Guan Eng yang menyamakan peranan PPS seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
Terang Zainal, JKKK adalah satu jawatankuasa kecil dan tidak mempunyai pakaian seragam.
“JKKK bertugas untuk menjaga keselamatan dan kebajikan kawasan kampung atau taman sahaja, bukan satu negeri.
“Tidak ada Exco mahupun ADUN dalam JKKK dan ianya semua sukarela. Tetapi PPS diketuai oleh ADUN. Ahli JKKK juga tidak ramai berbeza dengan PPS yang mempunyai keahlian ribuan orang,” tambahnya lagi. – MediaUMNO


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Lim guan eng...berambus dr negara ini...melayu yg sokong celaka ni mmg bangsat...

  2. Anonymous says:

    Apahal pulak dia sebut 1.5 milion,kan senang kalau sebut 1.5 juta bunyi pun macam janggal kalau sebut million..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.