..

..

MAT SABU DIMALUKAN PEMUDA PAS , PRO ULAMA KELUAR DEWAN KETIKA BERUCAP

on Tuesday, September 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.'



Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mohamad memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.
























Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

Sungguhpun begitu, lebih 700 perwakilan Pemuda lain yang hadir tidak terpengaruh dengan tindakan kumpulan itu sebaliknya memberi tumpuan kepada ucapan beliau.

Dalam sidang medianya kemudiannya, Mohamad menafikan tindakan kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui "tidak nampak" perbuatan mereka itu.

'Mungkin pergi solat'

Beliau bagaimanapun menganggap mungkin tindakan kumpulan itu keluar untuk menunaikan solat dan kemudiannya akan memasuki kembali dewan persidangan itu.

"Tak ada (protes)...Saya tak nampak, mungkin orang pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu," katanya yang mengganggap "biasa" apabila kumpulan itu memakai vest seumpama itu.

Kenyataan Mohamad itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang hadir dalam sidang media itu.

"Saya rasa begitulah, sebab waktu sudah lewat, ada yang ada pergi sembahyang," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak dapat memastikan hal itu kerana beliau berada depan pentas.

Beliau berkata jika benar, bekas ketua Pemuda PAS itu menyifatkan ia "suatu yang tidak sepatutnya berlaku".

"Walau macam mana pun, kita akan dengar laporan nanti daripada muktamar Pemuda tentang apa yang berlaku. Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya duduk di barisan hadapan," katanya lapor Malaysiakini 


One Response

  1. Anonymous says:

    Mat sabu cuba menipu orang2 PAS dengan mengatakan kejatuhan Turki adalah disebabkan golongan ulama yang terlalu konservatif dan islamik.

    Mat sabu cuba memperbodohkan orang2 PAS termasuk ulama2 PAS tentang kemunculan Kamal Attartuk adalah disebabkan oleh orang sudah fed up dengan golongan ulama. Saya harap orang2 PAS membaca sejarah hitam kejatuhan kerajaan Islam Turki yang disebabkan oleh seorang anak haram iaitu Kamal Attartuk yang lahir hasil dari penzinaan pak ciknya dan ibunya. Dengan bantuan pak ciknya, Kamal Attartuk berjaya mendaki tangga kuasa dan menipu rakyat jelata. Banyak penipuan, yang saya ingat ialah anak haram ini telah menghasut rakyat jelata mengatakan sultan tidak memperdulikan rakyat lagi kerana baginda tidak pergi sembahyang jumaat. Sedangkan kepada baginda beliau menghasut supaya tidak menunaikan sembahyang jumaat kerana rakyat mahu membunuh baginda.

    Hasil dari banyak penipuan2 dan hasutan2 Kamal Attartuk kepada rakyat, akhirnya kerajaan khalifah Islam terakhir iaitu Uthmaniah jatuh dan Sultan dipenjarakan sehingga akhir hayatnya.

    Kamal Attartuk mengambil alih kuasa dan menjadikan Turki sebuah negara sekular. Banyak kemungkaran dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Kamal Attartuk. Akhirnya, rakyat sedar akan kejahatan Kamal Attartuk dan mahu kembali kepada sultan. Tapi nasi sudah menjadi bubur, sultan sudah tiada. Keturunan sultan yang dahulunya menakluk constantinople sudah dimusnahkan oleh Kamal Attartuk.

    Saya berharap pemilik blog ini membaca buku berkaitan Kamal Attartuk ini dan publish satu artikel yang lengkap supaya ianya memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia agar tidak membenarkan Mat Sabu mendaki tangga kuasa dan menjadi Kamal Attaturk versi Malaysia yang akhirnya akan menghapuskan raja2/sultan2 Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah repulik seperti Singapura dimana orang Melayu/Islam merempat dibumi sendiri.

    Kerana kejahatan dan dosa2nya yang tidak terampun, mayat Kamal Attartuk tidak diterima bumi. Ianya ditanam dicelah-celah batu disebuah tebing tinggi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.