..

..

KHAIRY SINDIR BERAPI PPS KERAJAAN DAP KONONNYA JAGA RAKYAT P.PINANG @RRafizal @dzainalabidin

on Monday, September 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kerajaan negeri Pulau Pinang sepatutnya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukannya menubuhkan pasukan lain.

Katanya, PDRM telah pun mempunyai program komuniti polis, Rakan Cop bagi membantu dalam membanteras jenayah di ibu kota dan bandar-bandar lain di negara ini.

“PDRM dah ada program Rakan Cop. Komuniti berorientasikan kepolisian. Kenapa nak tubuh tentera sendiri di Pulau Pinang?

“Kerajaan negeri Pulai Pinang sepatutnya bekerjasama dengan Rakan Cop bukannya menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang haram,” katanya dalam kemas kini status di laman mikro Twitternya, hari ini.

Sementara itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang seolah-olah menyindir pasukan itu.

“PPS jaga keselamatan rakyat Pulau Pinang? Pasang bendera DAP itu kira nak banteras jenayah ‘kot’,” tulisnya.



Minggu lalu,  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa PPS adalah satu pertubuhan yang tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Khalid berkata, PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti PPS dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukkan undang-undan


One Response

  1. Anonymous says:

    FUCK THE FUCKATAN ASS HOLE DIGGER!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.