..

..

KETUA CABANG PKR PELAKON TAMBAHAN DRAMA KETUM NAK U TURN ISU MB SELANGOR ??

on Monday, September 15, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Seperti dijangka GPB dalam artikel sebelum ini iaitu   Anwar akan membuat U Turn sokong PAS sebagai calon MB Selangor KLIK DI SINI  .

 Sudah pasti beliau akan membuat sedikit drama dengan mengarahkan Ketua Cabang dan NGO Pro PKR membuat satu sidang media khas bagi  menyokong siapa sahaja calon dipilih Sultan untuk menjadi MB Selangor.

Hari ini terbukti telah dilaksanakan  dan kita akan tunggu lagi beberapa babak diatur PKR bagi menguatkan suara akar umbi mereka telah menerima siapa saja calon pilihan Sultan Selangor .

Jika Anwar membuat awal keputusan , ia seolah2 menampakkan beliau KAKI U TURN tetapi jika ada desakan ahli sendiri supaya akur , maka beliau boleh menjadikan ia sebagai alasan .

Akhir sekali , Anwar akan membuat sidang tergempar menyokong siapa saja dipilih Sultan Selangor walaupun bukan Wan Azizah sekaligus dinobatkan HERO PENYATUAN PAKATAN RAKYAT..







Akur jika pilihan Sultan bukan Azizah




Barisan pimpinan masyarakat dan pemimpin NGO Selangor akur sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih calon lain selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Ketua Koordinator Program Pemimpin Bersama Rakyat (Berkat), Yahya Sahri, meskipun Sultan Selangor boleh membuat keputusan, namun sebagai rakyat, pihaknya berhak menyatakan pilihan mereka.

"Kita amalkan proses demokrasi. Jadi kita pegang pada demokrasi berparlimen.

"Kita nyatakan sokongan, (tapi) Sultan juga ada hak. Jadi, apabila siapa-siapa dilantik, insya-ALLAH rakyat Selangor akan terus beri sokongan," katanya kepada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya Sultan Selangor memilih calon lain selain Wan Azizah meskipun pihaknya menyatakan sokongan penuh kepada Presiden PKR itu.

Mengulas lanjut, Yahya yang juga Ketua Cabang Tanjung Karang berkata, pihaknya tetap akur dengan keputusan Sultan jika baginda tidak memilih Azizah.

"Kita rakyat Selangor ada dua (pegangan). Pertama hak untuk memilih. Kedua, kalau ikut konsep Raja berperlembagaan, kita akan patuh apa saja (keputusan Sultan).

"Tapi kita nyatakan sokongan ini kerana kita mempunyai hak untuk memilih," katanya.

Pada sidang media sama, 50 pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azizah untuk menjadi menteri besar negeri ini.


One Response

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.