..

..

KERTAS UPSR BOCOR : KERAJAAN MALAYSIA AKAN DISAMAN IBUBAPA ??

on Thursday, September 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Memang benar kata TPM , perbuatan bocor kertas UPSR  ini seolah-olah mahu sabotaj beliau sebagai Menteri Pendidikan dan juga Kementeriannya . 

Bila ibubapa murid marah  , siapa lagi kalau bukan iaitu Muhyiddin dan kerajaan BN .

Malah sekarang ini ada lawyer ambil kesempatan mahu jadi batu api agar  ibubapa menyaman kerajaan di atas kecuaian kakitangannya membocorkan kertas peperiksaan .



Cukup la wahai lawyer gila publisiti ini .. tak payah menangguh di air keruh ..

Bukan salah ke semuanya oleh  kerajaan Malaysia  tapi ia  perbuatan  segelintir  guru tak amanah , bertanggungjawab dan tidak berintergriti . 

Menyaman kerajaan dalam kes terpencil  seperti ini seolah-olah ibubapa ini tidak bersyukur langsung di atas apa yang kerajaan telah berikan kepada anak anda selama ini iaitu pendidikan secara percuma  di sekolah  .



Mengapa kecuaian ini boleh  berlaku ??

 Sebabnya zaman sekarang  ada medium media sosial mudah disebarkan dan punca paling  utama ada segelintir   guru tiada intergriti dan amanah di kementerian  yang begitu  anti kerajaan .!!

Bila ketaksuban marah itu ke maksimum dan kerajaan BN ini gagal juga ditumbangkan di PRU13 , maka kertas UPSR menjadi mangsa dan sifat amanah itu sebagai  guru hilang . Perkara ini tak mustahil boleh berlaku . 

Ini pandangan peribadi GPB sebagai rakyat biasa dan bila perkara ini berlaku ..satu tindak drastik perlu diambil kementerian dan dalang guru bertanggjawab  wajar dibuang kerja dan pencenya juga ditahan. 



** kita tunggu selepas ini desakan puak pembangkang agar  TPM dan Menteri letak jawatan ..




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak polis menyiasat insiden kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke akar umbi supaya mereka yang bertanggungjawab boleh dihadapkan ke muka pengadilan.
   
"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media di sini untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.
   
Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.
   
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kebocoran itu mungkin dilakukan dengan sengaja sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Katanya beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa dalang di sebalik insiden itu tetapi mahu pihak polis tidak menolak kemungkinan itu.
   
Muhyiddin berada di ibu negara Laos ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan (ASED ke-8))yang bermula hari ini.
   
Beliau yang begitu marah dan dukacita atas kejadian itu, berkata  semua pihak yang terlibat sebelum ini telah diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian keratas solan bagi mengelak kejadian seumpama itu.
   
Menyifatkan kejadian kali ini amat ketara dalam sejarah peperiksaan awam, katanya beliau sebelum ini telah mengingatkan pihak Lembaga Peperiksaan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sama ada di peringkat negeri, daerah mahupun di peringkat sekolah.
   
Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat andaian kemungkinan penglibatan pegawai Lembaga Peperiksaan tetapi mahu pihak polis membuat siasatan untuk mengenal pasti dalang yang membocorkan kertas-kertas soalan.
   
Justeru, katanya, sebuah jawatankuasa bebas aakan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membantu pihak kementerian dan polis bagi mengenal pasti punca sebenar kebocoran itu berlaku.
   
Muhyiddin juga terkilan kerana ia bukan sahaja menjejaskan integriti kementerian malah menunjukkan pihaknya tidak tahu bagaimana mengendalikan peperiksaan.
   
Beliau selaku menteri bertanggungjawab meminta maaf sekali lagi kepada ibu bapa serta pelajar kerana sebelum peperiksaan, mereka telahpun mengalami tekanan dan kini terpaksa menduduki semula peperiksaan itu.
   
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan bertemu dengan pihak Lembaga Peperiksaan secepat mungkin untuk membincangkan bagaimana kerahsiaan dan kesahihan kertas peperiksaan boleh diperkukuhkan lagi. - Bernama


One Response

  1. Kalau mnteri ada rasa tggjwab pasti akn ltk jwtan. Sperti d Korea n Jepun. Sbb tu malingsia x maju2. Bodoh

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.