..

..

KERAJAAN DAP TIDAK BOLEH DIKRITIK PUNCA SINGKIR ISZUREE DARI MPPP - UMNO PP @dzainalabidin

on Sunday, September 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Komen terhadap tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggugurkan Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang dari semua Jawatankuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

1. Tindakan drastik Kerajaan DAP Pulau Pinang menggugurkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan.

2. DAP dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik mereka sendiri. DAP mengambil pendekatan 'silence your critics' sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka.

3. Iszuree Ibrahim dalam ucapan beliau di Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk- penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008, dua isu yang sering kali dibangkitkan oleh UMNO Pulau Pinang sendiri.

4. Ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu ini benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri. Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menangani isu-isu ini.

5. Ahli Majlis MPPP mewakili PAS digugurkan kerana mengkritik kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat tidak diraikan dalam Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP walaupun DAP melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara. Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS?

6.  Dalam dua Pilihanraya Umum yang lalu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR. Namun begitu, ADUN tunggal PAS tidak juga dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang.

7. Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan oleh Lim Guan Eng telah menggelarkan 4 orang Adun PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor sebagai ' pengkhianat '. UMNO Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, samada di Pulau Pinang ataupun di peringkat nasional. UMNO Pulau Pinang berpandangan PAS perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
28 September 2014


One Response

  1. Anonymous says:

    Baru tau ke yg DAP tak bolih terima kritikan dan perkataan DEMOCRATIC tu tipu aje.
    Ya Allah bodohnya Melayu sejak 1959 masih tak mahu faham tujuan PAP....DAP.
    Patut le Melayu kena bully kri dan kanan.
    Dah memang bangang terima saja le...padan muka.
    Pemimpin no 1 pun lembik dan populis.....hancus......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.