..

..

ISTANA TETAP NAK LEBIH 2 NAMA , PKR CUBA NAK BERBELIT LAGI BILA JAWAB !

on Wednesday, September 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Di sebalik kenyataan berbelit-belit, yang dipercayai cubaan nak spin story, pokok pangkalnya PKR malam Rabu memberitahu pihak Istana memperingatkan parti itu untuk mengemukakan LEBIH DUA NAMA bagi dipertimbangkang sebagai calom menteri Besar oleh Tuanku Sultan Sealngor.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin  Nasution Ismail mengesahkan mereka sudah terima jawapan pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
"PKR ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru,"katanya.
Bagaimanapun, katanya "PKR juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor,"ujar beliau.
Terdahulu, PKR petang tadi menerima surat jawapan dari Istana berkaitan calon MB yang kemukakan oleh PKR dan DAP.
Kedua-dua parti itu menyerahkan hanya nama Datin Seri Dr Wan Azizah wan Ismail sebagai calon MB, walaupun Istana pada Rabu lalu memberikan tujuh hari untuk PKR, DAP dan PAS memberikan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan Sultan Selangor.
PAS menghantar dua nama iaitu Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Dengan perkembangan terbaru bermakna panjang cerita lagi.-3/9/2014 -AGENDA DAILY-


BERIKUTAN KENYATAAN MEDIA PKR

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
3 September 2014


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Cakap berbelit-belit ...
    Penulisan menunjuk kepada peribadi penulis....

    Tepuk Dada Tanya Iman

  2. Anonymous says:

    SEMUA kena masuk Tadika balik:

    Sa + tu = Satu

    Du + a = Dua

    Satu = One

    Dua = Two

  3. Anonymous says:

    Ni la akibat BODOH yang tak boleh di ajar....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.