..

..

GUAN ENG DIBALUN HARAKAH KERANA GELAR 4 EXCO PAS PENGKHIANAT

on Wednesday, September 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan empat daripada mereka “pengkhianat” kerana tidak menyokong rakan exco DAP dan PKR lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendapat perhatian Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah.

Nazri dalam kenyataannya, turut melahirkan rasa hairan dengan sikap Guan Eng yang terlalu emosi sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Sepatutnya penggerak ‘Kajang Move’ seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli yang perlu beremosi berbanding dengan DAP terhadap apa yang berlaku sekarang ini.

“Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik.

“Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

“Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor PAS Sallehen Mukhyi turut membidas Guan Eng dan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP itu tidak memahami Undang-undang Tubuh Negeri.

"Guan Eng mungkin tak faham Undang-Undang Tubuh Negeri," kata exco agama itu kepada pemberita selepas menghadiri upacara majlis angkat sumpah menteri besar Selangor baharu Mohamed Azmin Ali hari ini.

Semalam, Guan Eng mengisytiharkan DAP menyokong penuh pelantikan Azmin dan menghormati pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik diri daripada pencalonan.

Bagaimanapun, Guan Eng menganggap empat exco PAS itu sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam exco yang dipecat secara tidak adil oleh Khalid.

Empat exco terbabit adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Sallehen (Sabak).

Sallehen mempertahankan kedudukannya dan tiga rakan PAS lain dalam kerajaan negeri sebagai benteng terakhir untuk Pakatan Rakyat (PR) bertahan menjadi kerajaan di Selangor sementara menunggu proses peralihan kuasa selesai.

"Guan Eng kena semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.

"Jangan label exco PAS sebagai pengkhianat," tegasnya. 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Cina........
    Tak payah cakap bnyaklah.... Kalau tak tipu menipu mmberontak disbbkan melayu bukan cina namanya!!!

    Khalifah konon ! Sje nk pikat bgsa melayu .... Itupun bgsa melayu tak sedar2 lgi?????? Malanga malang malang melayu !

  2. Anonymous says:

    kesia tengok tahap mental pas yg.anggap guan eng sebagai khalifah....
    ni lah akibat jual agama demi undi dan kedudukan duniawi...

    diakhir zaman ramai orang menjual ayat2 Ku demi kepentingan dunia yg.sedikit....Pernah dengar ayat ni?
    Ini ditujukan kepada mereka yg.mahir dalam agama tapi menggunakan agama dan ilmu mereka menghalalkan apa yg.haram jadi halal demi kepentingan duniawi mereka...

    gen2felda

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.