..

..

GELAR BROKER & BARUA , PKR - DAP MULA TIBAI BALIK HADI AWANG !

on Monday, September 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Hari ini PKR -DAP mula menyerang balas Hadi selepas ucapan penggulungan di muktamar cukup panas sekali dengan melabel barua & broker dalam isu curi 2 Adun PAS di Selangor  . 

PKR menerusi Sam mempersoalkan ucapan Hadi cukup keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak seorang ulama .


KUALA LUMPUR: Tindakan dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bukanlah 'barua' parti, seperti yang dilabel Presiden PAS.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar berkata, serangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap KEADILAN ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60 itu disifatkan agak keterlaluan, melampau dan tidak mencerminkan akhlak seorang ulama.

"Apa yang dilakukan oleh dua ADUN PAS ialah semata-mata melaksanakan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bertarikh 17 Ogos 2014 iaitu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan mencalonkan dua nama, Wan Azizah dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai calon MB Selangor.

"Justeru, melabelkan kedua-dua mereka sebagai 'barua' PAS tentunya mengiyakan pepatah Melayu - "Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Sabtu,Abdul Hadi mendakwa ada pihak yang menjadi 'broker' dan 'barua'yang mencuri dua ADUN partinya di Selangor.

Tegas Abdul Hadi, pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.






Manakala Tony pua pulak melabel Hadi seperti sudah nyanyuk !!

Persoalannya , di manakah suara pemimpin PAS yang didesak perwakilan agar mempertahankan Presiden bila diserang orang luar waima dalam Pakatan sendiri .






2 Responses

  1. Anonymous says:

    Jangan jadi bodohlah PKR, dua adun tu berpaling tadah dari PAS. Jangan nak menegakkan benang yang basah. Takkan nak bubuh bini sendiri yang tak ada kena mengena dgn selangor sebelum ni jadi MB pun nak kena setuju ke? PAS bukan parti yang mesti dicucuk hidung.

  2. Anonymous says:

    Sudah amat teruk pencacai Dap dan Pkr hentam dan menghina TGHH. Yang atas kira-kira penghinaan tahap kencit. Nak tengok ada ketidak ahli Pas yang pejuang-pejuang gagah akan keluar menjerkah si Tony Phua, atau ada nak pergi guling-guling atas jalan didepan keta Tony lahanat. Kalau ada ana tabik respect. Kalau tak ada apa-apa......Pas nie memang bahalol lagi bacul kerana gagal pertahan TG President sendiri.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.