..

..

DALANG PENGHASUT RAKYAT SABAH TUNTUT KELUAR MALAYSIA TELAH DIKENAL PASTI !!

on Tuesday, September 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pasukan keselamatan telah pun mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut rakyat negara ini agar menuntut supaya Sabah keluar dari Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kerana pihak polis akan membuat pengumuman mengenainya. 

"Benar (wujud cubaan menghasut rakyat). Kita telah kenal pasti. Tunggu tindakan dan pengumuman polis," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini. 

Pada Sabtu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah agar tidak termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia.


Timbalan Perdana Menteri yang mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak berkenaan berkata kerana perbuatan liar itu sangat berbahaya dan boleh memecah-belahkan perpaduan serta keamanan negara. 

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar peka dengan gesaan akar umbi yang mahu pendakwaan segera diambil ke atas pihak yang menghina bangsa, agama dan institusi raja.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kegagalan Abdul Gani untuk berbuat demikian sedangkan isu berbangkit menyentuh hal-hal sensitif hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan terjejas.


"Polis hanya menjalankan siasatan tetapi bidang kuasa Peguam Negara untuk menentukan ada pendakwaan atau tidak, tetapi beliau pun kena peka kerana kalau tidak rakyat akan menuduh wujud pendakwaan terpilih. "Saya bukan hendak membela polis atau mencari salah mana-mana pihak tetapi dalam hal sensitif seperti agama, bangsa dan institusi diraja ini perlu tindakan tegas dengan segera," katanya.







ADAKAH MEREKA INI DALANG MENGHASUT RAKYAT SABAH   ?? 



One Response

  1. Anonymous says:

    It is confirmed, zahid is a minister in charge of RHETORICS. Responsibilities of his ministry is to ensure standard statements are given out 1. Kami tahu......... 2. Kami akan siasat..........3. Kami tak teragak2 ambil tindakan 4. Jangan main2 dengan KDN........ 5. SENYAP............Wallahualam. Kesian orang melayu dan islam malaysia

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.