..

..

AKTA HASUTAN : PENDIRIAN NAJIB WAJAR DITARIK BALIK , DENGAR SUARA MAJORITI RAKYAT

on Saturday, September 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Tindakan Presiden UMNO yang ulangi pendirian liberalnya mahu hapus Akta Hasutan 1948  demi memenuhi nafsu buas pihak yang menggila menghina kaum , hak keistimewaan Melayu ,  Islam  & Raja-Raja Melayu dalam negara ini wajar ditarik balik .

Dengarlah suara AKAR UMBI  parti UMNO dan boleh dikatakan hampir semua  BAHAGIAN  mahu Akta ini dikekalkan .  

Mereka mahu puak2 yang menghina bangsa Melayu , Islam & institusi Raja ini dikenakan tindakan undang-undang.

Jika kita tunduk kepada desakan mereka iaitu pembangkang , maka taring kepada kuasa POLIS dan kerajaan telah hilang seperti mana ISA yang dihapuskan dahulu   .

Ini kerana selepas pemansuhan akta itu  banyak kes berhubung keselamatan tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA.
Akta Hasutan tidak perlu dihapuskan kerana ia sebagai jalan untuk membawa pesalah (berkaitan hasutan) ini dibawa ke muka pengadilan,
Najib  harus ingat pemansuhan akta itu hanya akan menyebabkan empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.
Malah kesan lagi buruk rakyat tidak akan menyokong kerajaan di PRU14 akan datang kerana suara majoriti tidak didengari  & kerajaan pulak  difikirkan lembik dan lemah   dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan negara .






Barisan Perpaduan Nasional termasuk dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Cina dan India mendesak kerajaan agar mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan penambahbaikan iaitu memasukkan Perkara 3 (11) Perlembagaan Persekutuan ke dalam Seksyen 3 (1) (F) akta itu.

Serentak dengan itu juga, Barisan Perpaduan Nasional akan melancarkan kempen tandatangan bagi mendapatkan sokongan rakyat secara besar-besaran bermula 18 Oktober nanti yang akan turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Jurucakap Barisan Perpaduan Nasional yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan tidak boleh tunduk kepada desakan pihak yang cuba menangguk di air keruh kerana Akta Hasutan adalah demi kepentingan keselamatan nasional dan bukan bermotif politik.

Beliau yang tanpa berselindung berkata, jika kerajaan tunduk kepada desakan pihak berkenaan, Perkasa akan menarik balik sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana ujarnya, tiada sebab lagi untuk pertubuhan itu memberi sokongan seandainya kerajaan lebih ghairah mengejar populariti berbanding soal keselamatan.



"Ini bukan soal politik. Akta Hasutan harus dilihat dalam perspektif yang lebih luas iaitu soal keselamatan nasional yang perlu dipelihara dengan sebuah undang-undang kerana kerajaan sudah pun menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga menyebabkan timbul pelbagai isu yang meresahkan rakyat sekarang.

"Malah sekarang ini wujud pula hasutan oleh pihak tertentu yang mahu Sabah keluar daripada Malaysia. Apa akan jadi jika Akta Hasutan dihapuskan? Kerajaan perlu belajar daripada kesilapan menghapuskan ISA," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Tergempar Badan Perpaduan Nasional, di sini hari ini.

Mesyuarat tergempar itu dibuat berikutan tindakan Majlis Peguam melancarkan kempen anti Akta Hasutan bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan selepas beberapa pemimpin pembangkang didakwa di bawah akta berkenaan sejak beberapa minggu lalu.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, selain disertai Dr. Mahathir dan Abdul Hamid, kempen besar-besaran untuk mendapatkan tandatangan rakyat Malaysia juga akan turut disokong bekas ketua polis negara dan panglima angkatan tentera serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Beliau yang yakin usaha tersebut akan mendapat sokongan padu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit berkata, kerajaan perlu mendengar suara hati serta kehendak majoriti kerana percaya, jika perkara itu dipandang remeh, BN akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat menyokong kerajaan sebelum ini bukan kerana suka sangat kepada tokoh-tokoh tertentu tetapi disebabkan polisi serta dasar yang diperkenalkan. Tapi jika semua hendak diubah hanya kerana mahu mengejar populariti, tiada lagi bezanya antara kerajaan dengan pembangkang," katanya.







8 Responses

  1. Anonymous says:

    najib bapa penghapusan Akta...org undi umno bkn sbb ko la NAJIB....org xnk DAP ko perintah...jgn perasan ko uh hebat sgt...

  2. Anonymous says:

    Senario sekarang memerlukan Akta Hasutan dan ISA. Kalau x, nak lelap mata pun susah..x de ketenangan...lama2 rakyat Malaysia semua kena sakit jantung.

  3. Anonymous says:

    byk sgt punaisihat dlm PMO yang menjahanamkan...kesian negara kita, dapat PM bodoh lepas satu satu

  4. Anonymous says:

    Elok lah kalau NAJIB nak hapuskan juga...Bila malaysia dah kucar kacir...senang manusia yang lahir dari keluarga kaya dan tak pernah merasa susah macam NAJIB sudah pasti akan lari keluar negara dan mendapat suaka politik dari mana mana negara yang diingininya....Masih ingatkah kita dengan kejadian BOAT PEOPLE dari vietnam...Siapakah mereka itu...orang miskin kah...kebanyakkan mereka adalah orang orang kaya yang mengumpul harta semasa negara mereka aman...tetapi bila berlaku huru hara mereka ini lah yang akan melarikan diri dulu...Tidak kah ini dinamakan sebagai pengkhianat kepada bangsa dan negara...
    Mari lah kira ramai ramai menentang usaha yang bakal menjahnamkan malaysia demikian kelembekan dan kebodohan saorang PERDANA MENTERI bernama NAJIB...Ingatkan Pak Lah yang BEDOL....rupa rupanya NAJIB dan beberapa menteri pak turutnya ternyata lagi bodoh dari Pak Bedol.

  5. PASDAPX says:

    Salam,
    NAJIB SESUMPAH DLM UMNO!!

    Bila Tun Mahathir tegur Najib dengan keras, pengampu2 Najib mula hentam Tun. Tapi sedikit pun mereka tak tanya balik Najib apa yang Tun persoalkan. Semua pasal negara dan masa depan kita.

    Yang hentam Tun termasuklah Musa Hitam useless tu. Dlu Musa Hitam terang2 lawan Tun M walaupun Tun M cerdik dan cekap mentadbir. Tapi zaman Najib tiada siapa berani lawan walaupun Najib merosakkan negara perlahan2..

    Hakikatnya negara sedang mundur ke belakang dlm banyak segmen. Paling ketara ialah ketinggian Agama Islam,kedudukan Melayu, hubungan antara kaum, Institusi2 penting seperti Raja dan PDRM.

    Dasar Pemerintahan Najib laki Rosmah >>

    AhJib Gor adalah pejuang Cina yang tulen. Beliau tak ucap di mulut tapi tindak tanduknya sangat jelas.
    Cina ludah muka dia pun dia tetap senyum dan menjilat lagi dan lagi. Peluang kehilangan undi majoriti Cina sebagai merit khas untuk boleh hapuskan SRJKC Cina, tapi tidak langsung dipedulikan Najib.

    Manakala bangsa Melayu yg lakukan statement politik membela hak bangsa seperti ISMA, AG patail pantas tangkap dgn restu penuh Najib. Ini sebagai signal dan perang psikologi.. MELAYU korang duduk diam.. jika ckp pandai akan ditangkap!

    Tetapi bagi Alvian/ Namee Wee dan spesis2 khinzir Cina DAP pula bagaimana tindakan Najib dan AG patail? Mereka dihampar pula permaidani merah ke Putrajaya?

    Sungguh memalukan apabila sebuah negara yg dikatakan negara Islam Malaysia, dilaung2kan Najib di depan OIC, tetapi Junjungan Mulia Rasulullah SAW, Masjid, bulan Ramadhan, Azan dihina terang2.. lebih teruk berbanding di Amerika yang negara kafir itu..

    Logiknya, jika Najib betul2 ada jiwa Islam dia takkan boleh tidur lena.. krn hal itu sgt berat.. sbg pemimpin negara dia wajib tangkap musuh2 ini jika tidak ia berdosa kerana biarkan Agama di hina teruk.

    Tapi tidak Naib lebih pantas tweet dgn KJ tentang keputusan World Cup... kamu semua sedar tak wahai rakyat Melayu??

    Gaya Najib laiki Rosmah ini.. tak ubah seperti sejarah Abdullah bin Ubai.. iaitu BAPAK MUNAFIK dalam Islam.
    di depan ahli Agama dia pakai skrip Agama, dia akan susuh ayat2 manis tentang Islam..
    dia akan suruh Jamil Khir atau org2 kanannya untuk sediakan skrip manis pasal Agama..petik ayat2 Al-Quran sepotong dua.. untuk 'khayalkan' golongan ilmuan Islam.
    Ini sama sahaja gaya munafik pemimpin PAS.
    Indeks Syariah konon.. hina Agama terang2 Najib dan AG Patail senyum tidur lena.?

    depan Liberal dia hantar Saifudin Plural
    depan Cina dia kasi duit SRJKC.
    depan AMBIGA dia janji mau hapus Akta Hasutan

  6. PASDAPX says:

    tidak cerdik sungguh MT2 UMNO biarkan Najib buat movement2 ini.
    boleh dikatakan bodoh sungguh MT2 UMNO biarkan Najib rosakkan negara yg telah dibina oleh PM2 terdahulu.
    22 tahun Tun Mahathir membina negara, ISA tak pernah di sentuh walaupun Tun M seorang yg berfikiran maju jauh cerdik dr Najib lembik lembab ini!
    Tun M takkan buat sesuatu yang merosakkan negara. Mengapa?

    sebab Tun perintah negara dengan fikirannya dan kudrat akalnya sendiri.. jadi penat lelahnya akan buahkan kasih sayang yang menghargai negara. Tun tidak guna proksi penasihat untuk tadbir negara, Tun tidak perlu menjerit2 dalam ucapan2nya.. tidak banyak retorik bahasa sebaliknya TEGAS-PANTAS-BERKESAN dalan mentadbir negera. Kepimpinannya digeruni musuh di pandang tinggi oleh dunia.

    Sebab itu Tun sentiasa disebut dikenang malah dirujuk lagi walaupun usianya telah lanjut menuju 90-an (Semoga Allah SWT terus panjangkan usia Tun dlm kebajikan dan kecerdikan buat panduan kita)

    So kita tunggulah dengan siri pergolakan kaum-agama-hasutan sabah ini dgn gaya bersahaja Najib khayal ini dengan isu2 amat berat.
    Najib akan direkod dlm sejarah negara sebagai PM paling bermuka-muka dan meruntuh institusi undang2 Negara!

    Jangan siapa nafikan hal ini. Kerana jelas Najib sebagai manusia diberi mandat kuasa tetapi mengkhianati amanah majoriti rakyat ini. Dia hanya fikir kesenangan Rosmah dan juga berlebihan dalam isu yang tidak sepatutnya. Mengarahkan Anggota tentera buat sambutan istiadat sambutan perwira negara kepada mangsa MH17. apakah itu terlalu genting untuk dilakukan? Mh370 Najib memperbodohkan rakyat dengan ending di Lautan Hindi yang tiada secebis pun bukti. Kita semua bersedih dgn insiden ini tapi Najib menyalahgunakan kedudukanya. sepatutnya bertungkus lumus membela maruah MH17 dan MH370, bukan sibuk beri tumpuan pada acara sambutan jenazah. Yang dh mati tetap mati. Yg akan datang ini macam mana keselamatan MAS?

    Najib laki Rosmah.. selagi mana dia kekal sebagai PM.. selagi itulah masalah demi masalah akan datang.. musuh2 akan membuli negara kerana perisikan luar tahu Najib ini manusia paling lembik dalam mentadbir negara!

    Lakukanlah sesuatu sebelum Nasi Menjadi BUBUR.. taat bertempat, zalim jangan sekali.

    Wallahualam!

  7. Anonymous says:

    datok sri patut dengar dari kelas bawahan yang banyak menyokong dato bukanya penasihat yang mermbodek...kita kelas bawah nilah selalu ditekan dan dihasut supaya membenci kerajaan mana yang bersabar akan menentang mereka tapi sampai bila? kita dimomokan ngan harga barang naik kalu pilih bn tapi kalu pr menang adakah barang akan turun harga? rasanya tak mungkin lihat saja singapore rakyat mereka tak berani bersuara apalagi menghasut supaya membenci kerajaan jangan hapuskan akta hasutan dan kembalikan semua ISA

  8. Anonymous says:

    Najib memang lemah dan lembik macam sial.MT umno kebanyakanya bodoh dan bangang serta kaki bodek kaki ampu dan juga kaki songlap.....konon berjuang untuk negara dan bangsa.....kemana najib dan Mt umno bila bangsa Melayu dan Islam dihina dan dinjak.Semua diam tak berani buka mulut takut dituduh perkauman fan disingkir oleh najib.Mampos kita orang Melayu dan islam kalau macm ni
    .Kita tak mahu tengok rekord rekord palsu najib..najib sangat berbanga dengan rekord tekord mabuknys. Inilah Pm yang paling lemah dan yang paling boros pernah negara ada semenjak merdeka....celakalah negara sekiranya najib dan hisham yerus diberi kuasa dan kedudukan didalm umno.Aku akan keluar umno sebagai tanda tidak puas hati.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.