..

..

AKHIRNYA MP DAP NGA SAHKAN RUMAH MEWAH DIBELINYA TAK SAMPAI RM10 JUTA !!

on Wednesday, September 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kekayaan luar biasa Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang memaparkan rumah banglo jutaan ringgit  dan  kereta mewah menjadi Viral di blog dan facebook. 

Hanya menjadi Exco kanan Kerajaan Perak selama 11 bulan sahaja dan Ahli Parlimen telah memiliki kekayaan seperti ini boleh  dipersoalkan rakyat  .

Ia dijawab beliau hari ini di Sinar Harian dan beliau meroyan sekali kerana ia menggangu PRIVASI dirinya .  

Ganggu privasi ?? 

DAP dan PR yang lain menyerang & menburukkan  privasi ahli keluarga PM seperti isterinya DS Rosmah Mansor  itu apa pulak ?? 


Bila kena kepada batang hidung sendiri baru PADAN MUKA .

Selain itu ,  Nga juga mengakui membeli rumah banglo mewah ini tidak sampai RM10 juta dan dibayar selama 20 tahun  . 

Agak-agaknya berapa puluh ribu dibayar sebulan kepada bank  ? Cukup ke gajinya sebagai Wakil Rakyat  untuk duduk di rumah banglo mewah ini ??  



IPOH -  Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat.

Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.

Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu.

Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya.

“Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya,” katanya.

Menurut Kor Ming, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

“Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

“Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta,” katanya.

Kor Ming berkata, isu berkenaan tidak melibatkan kepentingan awam malah beliau mendakwa rumah pemimpin-pemimpin BN lagi besar dan mewah. SINAR HARIAN 







Bila berdepan dengan rakyat terutama kaum Cina , puak2 DAP ini berlakon dan menuduh pemimpin BN mengaut projek tetapi lihatlah apa mereka dapat bila berkuasa ??









4


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.